Mengulas perkara itu, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan (gambar) menyatakan perlantikan Dato Seri Anwar adalah berdasarkan pandangan dan cadangan yang persetujuan YDPA.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Sri Gading menyatakan Pemuda Pas tidak matang dalam melayani emosi ahli apabila boleh meluluskan usul yang biadab seperti itu.
“Sepatutnya Pemuda kena pertimbang kenapa PN (Perikatan Nasional) tak mahu bersama-sama membentuk kerajaan pada awalnya seperti saranan YDPA.
“Hari ni mereka nak ugut agar Dato Seri Anwar berundur, ini seperti melanggar nasihat YDPA yang tidak mahu negara kucar kacir dengan isu politik rampasan kuasa tebuk atap seperti yang berlaku sebelum ini.
“Saya rasakan Pas juga kena ukur baju di badan sendiri kerana Dato Seri Anwar diberi keutamaan untuk menjadi Perdana Menteri selepas PH menjadi gabungan terbanyak yang memenangi kerusi bukan PN atau Pas,” tegasnya ketika ditemui.
Dalam pada itu, Aminolhuda turut menyatakan ugutan Pemuda Pas untuk mengadakan demonstrasi jalanan sekiranya Dato Seri Anwar tidak berundur adalah sebagai suatu jalan mati.
Katanya lagi, ugutan itu adalah bagi menutup kelemahan Pas yang gagal mengurus empat negeri dibawah pentadbiran Pas (SG4).
“Demonstrasi jalanan yang disuarakan tu seolah-olah nak tutup aib atau kelemahan mereka mampu mengurus empat kerajaan negeri (SG4) hari ini.
“Nak tunjuk hebat dan beraninya Pemuda Pas dalam mukhtamar ke70 akhirnya ugut PMX sebagai drama hari ini,” tegasnya lagi.