AMARAN HUJAN: 4 negeri diramal hujan berterusan

AMARAN HUJAN: 4 negeri diramal hujan berterusan. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor sehingga esok.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Kuantan manakala hujan berterusan tahap buruk pula diramalkan berlaku di Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin.

Manakala hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Terengganu iaitu Kemaman, selain Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong di Pahang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi daerah Jempol, Negeri Sembilan, dan beberapa kawasan di Johor iaitu Segamat, Kluang Mersing dan Kota Tinggi.

BACA JUGA:

Pencerobohan Lahad Datu, waris Kesultanan Sulu dedah kisah tuntutan ke atas Sabah

Nak main lato-lato kena berhati-hati! Ni doktor pesan beberapa tip keselamatan, elak cedera

Nak makan kerabu maggi ala Thailand? Hahh, ni resipi kerabu maggi yang boleh kita cuba dan buat sendiri