Amaran hujan berterusan dan banjir hampir di setiap negeri, baca untuk maklumat lanjut

Amaran hujan berterusan dan banjir hampir di setiap negeri, baca untuk maklumat lanjut. Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu, Pahang, Johor dan Kelantan yang dijangka berlaku sehingga hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata hujan lebat berterusan (peringkat buruk) diramalkan berlaku di Terengganu melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman; Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang; serta Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Hujan berterusan (peringkat waspada) pula dijangka berlaku di Kelantan; Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu); Pahang (Jerantut dan Maran) serta Johor (Segamat, Batu Pahat dan Pontian).

MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan dijangka berlaku di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang dari Jumaat hingga Sabtu ini.

Hujan berterusan juga dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat, serta Wilayah Persekutuan Labuan dari Jumaat hingga Isnin ini.

BACA JUGA:

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bakal mengumumkan kadar dividen bagi Amanah Saham Bumiputera sekitar jam 11 pagi ini

Sultan Nazrin bertitah, dunia menjadi semakin miskin bila nilai kemanusiaan tidak dikongsi

Bajet awal 2023 berita gembira, netizen lekas baca untuk tahu apa yang anda boleh dapat