Amaran kebakaran dikeluarkan ketika sidang dewan rakyat

Amaran kebakaran dikeluarkan ketika sidang dewan rakyat

Sidang Dewan Rakyat pagi ini gempar apabila amaran kebakaran diumumkan ketika sesi perbahasan sedang berlangsung.

Amaran kebakaran diumumkan ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang bertanyakan soalan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Amaran itu dikeluarkan pada pukul 10.18 pagi.

Justeru, sesi Dewan Rakyat ditangguhkan seketika dan semua Ahli Parlimen termasuk petugas, pegawai dan mereka yang berada di bangunan Parlimen diarahkan keluar.

Berita penuh: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sidang-dewan-terhenti-seketika-parlimen-keluar-amaran-kebakaran-270988