Ambuyat makanan unik di Sabah, belum cuba belum tahu

Ambuyat makanan unik di Sabah, belum cuba belum tahu. Apa itu ambuyat? Siapa pernah dengar apa itu ambuyat?

Ambuyat adalah sejenis makanan tradisional di kalangan masyarat di Sabah. Menurut cakap-cakap orang, makanan ambuyat yang asli ini berasal dari negara jiran kita iaitu negara Brunei.

Di Sabah dan negeri sarawak ianya mempunyai nama panggilan yang berlainan, hal ini disebabkan kedudukan geografi dan kawasan yang jauh dari bandar, menyebabkan kepelbagaian nama dalam makanan ambuyat ini. Sesetengah kaum di sabah memanggil nya Linut.

Kaum Kadazan, Murut, Dusun, Bajau di Sabah juga mempunyai variasi dalam menyediakan juadah ambuyat. Kebiasaanya ia menjadi sajian utama selepas nasi.

Bagi kaum Bugis pula ianya dikenali sebagai Kapurung tetapi cara penyediaan yang bebeza. Ini kerana kapurung dimakan secara berkuah.

Ambuyat berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama seperti ubi kanji.

Tahukan anda? Suatu masa dulu, hari-hari istimewa seperti perkahwinan serta hari keramaian kaum di sabah menjadikan ianya hidangan menu harian dan hidangan wajib.

Di Brunei, sagu rumbia dikenali sebagai ambulung. Untuk menghasilkannya, proses mengarus selama sehari perlu dilakukan.

Bagaimanapun, hari ini ambulung boleh didapati di pasar atau tamu dalam bentuk paket.

Bahan utama yang diperlukan untuk membuat ambuyat ialah Tepung Sagu & Air Panas. Tepung sagu yang biasanya boleh di beli di tamu-tamu dalam bentuk paket perlu dileraikan atau dihancurkan. Tepung Sagu juga biasanya boleh didapati di Pasar raya seperti Bataras.

Dengan sukatan air panas, tepung sagu berkenaan dikacau hingga menjadi kenyal. Ia berwarna jernih dan sedikit melekit. Ambuyat tidak perlu dikunyah, ianya boleh ditelan terus.

Rasanya tawar, tetapi ia bergantung pada kuah dan menjadikannya sedap jika kuah lebih masam atau pedas.

Tambahan pula ambuyat biasanya dimakan dengan menggunakan kayu penyepit tempatan yang dikenali sebagai candas.

Ambuyat enak dimakan ketika masi panas dan dicicah dengan ikan bakar, ikan rebus atau ulam-ulaman.

Kebiasaannya, ambuyat dimakan beramai-ramai, sekali gus dapat mengerat silaturahim dan hubungan dikalangan keluarga.

Paling menarik semasa makan kita berebut-rebut mengambilnya dan dicicah dengan lauk. Sambil makan, kita dapat berbual-bual bagi mengeratkan hubungan. Ambuyat juga bagus dimakan bagi membantu pembuangan toksin dalam badan.

PANTANG LARANG semasa makan ambuyat

Ambuyat atau linut mempunyai pantang larangnya.

Pada zaman dahulu, jika ada kematian, ahli keluarga si mati tidak dibenarkan makan linut/ambuyat ketika mayat masih di dalam rumah.

Jika ahli keluarga berkeras hendak makan, jasad si mati akan menjadi sangat lembut dan melekit seperti linut.

Resepi penyediaan ambuyat

BAHAN-BAHAN :
Sagu rumbia
Air panas yang baru dimasak
Sedikit air biasa.

CARA MEMBUATNYA :
Sagu dicampur dengan air dalam bekas yang tahan panas dan mendapkan selama 10 minit. (Sukatan air melepasi sagu)
Tuangkan air panas yang baru mendidih dan kacau sehingga sagu kelihatan jernih dan likat (Seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak).

CARA ALTERNATIF
Tepung sagu dicampurkan dengan air
Masak di atas kuali dengan api yang sederhana sehingga menjadi likat dan jenih.
CARA MAKAN :

Ambuyat boleh dimakan bersama-sama dengan Sup Ikan Ampap ataupun Sambal Belacan, mengikut selera masing-masing.

BACA JUGA:

Suami marah anak tak tentu pasal, ustaz scan suami dari jarak jauh akhirnya terbongkar

Jasad ibu ditemui dalam kebun, anak cam melalui gigi palsu

Nak bertaubat hanya perlu bayar wang, ajaran sesat ini makin berkembang