Amyra Rosli dan Amar Baharin Kongsi Kegembiraan Beli Kereta, Mengundang Pelbagai Respon Daripada Netizen. Perkongsian pelakon Amyra Rosli mengenai kejutan yang dilakukan suami iaitu pembelian kereta baharu menarik perhatian netizen.
Menerusi rakaman video yang dimuatnaik Amyra, 31, di laman Instagram miliknya, dia berkongsi keterujaannya dan suami, pelakon Amar baharin, 37, di atas kurniaan rezeki kereta baharu bagi memberi keselesaan buat mereka sekeluarga.
“Dengan izin Allah. For him dan for her, Alhamdulillah”.
“Rasulullah SAW menyatakan bahawa harta yang paling baik dinafkahkan ialah kepada ahli keluarga”, tulisnya sambal disusuli sabda daripada Tsauban RA bahawa Rasulullah SAW bersabda.
“Maksudnya : Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah”.
“Hadis Riwayat Muslim : 944”, tulis Amyra di ruang kapsyen.
Rata-rata warga maya memberi pujian buat pasangan selebriti ini yang dilihat sangat bersederhana walaupun mereka lebih daripada mampu untuk membeli kenderaan yang jauh lebih mahal dan mewah.
“Suka tengok pasangan ini. Kereta biasa-biasa pun dah bersyukur. Tak payah BMW, Merc ke. Sederhana Alhamdulillah.
I just wanna say, sejuk hati tengok video ni. You guys sangat pure and transparent couple. They just happy on their way sebab semua hanyalah pinjaman Allah.
“I selalu perasan this couple punya life journey, they are supporting each other sebab tu Allah murahkan rezeki kalian. Even I rasa you guys mampu beli lebih dari ni, but you guys choose to be lowkey and happy on your own way. Teruskan this kind of attitude, semoga Allah Rahmati keluarga ini dunia akhirat.
“Alhamdulillah tumpang gembira dan bahagia tengok. Semoga dimurahkan rezeki dan bahagia till jannah insya-Allah”, komen beberapa netizen.
Untuk info, Amyra dan Amar berkahwin pada 11 November 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Aqeef Anaqi, 5, dan Ayra Aryssa, 2 tahun.
BACA JUGA:
Santos, Ronaldo, dan konflik Portugal
Setelah Keguguran, Elizad dan Suami Papar Bahagia
‘Semput dibuatnya…’ – Netizen hangin aksi Da’i Syed dan Isteri