Anak berang failkan saman pada Samuel Eto’o

Samuel Eto’o, bekas bintang Barcelona, Inter Milan, dan Chelsea yang kini mengetuai FA Cameroon, dilaporkan disaman oleh anak perempuannya sendiri.

Saman tersebut dihadapkan kepada bekas penyerang tersebut di Itali oleh Annie, yang berusia 21 tahun, dengan tuduhan bahawa Eto’o tidak memenuhi tanggungjawabnya terutama dari segi kewangan terhadap keluarganya.

Annie, yang dilahirkan di Padova, Itali pada tahun 2002 hasil dari hubungan dengan seorang wanita Sardinia bernama Anna Maria Barranca, telah disahkan sebagai anak perempuan Eto’o.

Anak berang failkan saman pada Samuel Eto'o

Namun, pemain Terbik Afrika empat kali itu tidak pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Pelajar universiti tersebut telah membuat aduan kepada Pejabat Pendakwaraya Awam Milan menerusi peguam Daniele Vianello.

Aduan tersebut dikemukakan pada 13 Oktober setelah Annie gagal berhubung dengan ‘bapanya’ itu.

Annie, yang merupakan pelajar sepenuh masa di Milan, hanya bergantung kepada ibunya untuk menyara kehidupannya.

Pada tahun 2015, Eto’o diarah membayar €10,000 (RM51,000) kepada Anna sebagai wang penjagaan anak, tetapi beliau kemudiannya ingkar kepada janji tersebut, menyebabkan proses undang-undang terus berlanjutan.

Kejadian ini bukan kali pertama Eto’o berdepan dengan situasi seumpama ini. Seorang anaknya lagi, Erika Do Rosario Nieves, mendakwa bahawa Eto’o juga enggan membayar jagaan anak di Sepanyol.

Erika secara rasmi diiktiraf sebagai anak perempuan Eto’o pada Februari 2022, dan pemain berusia 42 tahun itu diarah membayar €1,400 (RM7,000) sebulan kepada Erika dengan pelan pembayaran bermula pada tahun 2018 ketika tindakan undang-undang dimulakan.

Menurut media Sepanyol, EFE, Eto’o bertemu dengan wanita bernama Adileusa di kelab malam pada tahun 1997 ketika dia dipinjamkan ke Leganes dari Real Madrid.

Adileusa dikatakan mengandung pada Februari 1998, tetapi Eto’o mula enggan menjawab panggilan dan mesej, menyebabkan wanita itu mengambil tindakan undang-undang pada tahun 2018.

Eto’o telah berkahwin dengan isterinya, Georgette, sejak tahun 2007, dan pasangan itu mempunyai empat anak: Maelle, Etienne, Siena, dan Lynn.

Baca Juga : Ingatkan sampah sekali lelaki ni jumpa sesuatu buat dia jadi jutawan