Perkongsian di Instagram bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri menuai pelbagai reaksi apabila dia memuat naik foto bersama seorang jejaka tampan.
Dah jumpa pengganti?
Menerusi perkongsian tersebut, Nina dan jejaka yang dikenali sebagai Hafiz Osman dilihat mengenakan baju sedondon berona unggu.
Difahamkan, gambar itu diambil ketika mereka keluar meluangkan masa bersama-sama.
Nina di ruangan kapsyen berkata, mereka berdua ada bercakap fasal masa depan.
Adakala apabila kami tidak bercakap tentang persahabatan, kami akan bersiap dan bercakap tentang masa depan (perkahwinan).
Seperti dijangka, hantaran tersebut telah mencuri perhatian wargamaya dan rata-rata mendakwa mereka sedang bercinta.
Menguatkan lagi dakwaan apabila anak kepada bekas Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu membalas komen rakan selebriti yang mengucapkan tahniah kepadanya.
Imbas kembali, Jovian dan Nina pernah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013, namun berpisah cara baik pada Ogos tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.
Sumber: Instagram
Baca : “Habis duit KWSP aku bila bercinta semula, lama sangat menduda..”