Andi Suryady Sokong Hajiji, akur tindakan yang bakal diambil pucuk pimpinan UMNO

Andi Suryady Sokong Hajiji, akur tindakan yang bakal diambil pucuk pimpinan UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy memberi sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan negeri dan membantu rakyat.

Jelas Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah itu berkata, kemelut politik negeri harus dihentikan supaya tidak membebankan rakyat.

“Buat masa ini saya akurlah dengan keputusan parti bahawa sekarang ini tempoh untuk bertenang tetapi kita kena fokus.

“Pada saya kita kena fokus kepada masalah dan agenda pembangunan negeri, kita tidak mahu berada dalam kemelut politik yang terlampau lama kerana pada akhirnya yang terbeban dan terkesan adalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Tabika Kemas kawasan Parlimen Kalabakan.

Tambah Andi Suryady, buat masa ini kemelut politik harus diketepikan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan dan isu rakyat.

Malah beliau reda dengan apa juga keputusan yang akan diambil kepimpinan UMNO Pusat terhadapnya sebagai ahli UMNO.

“Sebarang tindakan parti saya fikir itu terletak kepada pucuk pimpinan… kita kena fokus kepada pembangunan dan isu rakyat kerana tahun ini adalah tahun yang sukar,” katanya.

BACA JUGA:

Kebakaran flat, seorang lelaki rentung ditemui

OECD laporkan, lelaki Switzerland mempunyai jangka hayat paling tinggi di dunia

SUKAN DUNIA: Enzo Fernandez pemain bola termahal bernilai €120 juta (RM555 juta) di EPL