ANEH !!! Korea Selatan anjur pertandingan untuk tidak buat apa-apa

ANEH !!! Korea Selatan anjur pertandingan untuk tidak buat apa-apa

Selamat datang ke Pertandingan Space-out, suatu acara yang diadakan selama sehari setiap tahun.

Pada minggu terakhir bulan Mei lalu, acara ini menyaksikan hampir 30 orang peserta tidak melakukan apa-apa di Seogwipo Forest of Healing, Pulau Jeju, untuk merebut gelaran juara.

Mereka hanya duduk diam di atas tanah beralaskan tikar ungu masing-masing dalam gerimis. Duduk berselerak di antara pokok-pokok yang menjulang tinggi dan dikelilingi alam semula jadi.

Korea Selatan anjur pertandingan untuk tidak buat apa-apa

Selama 90 minit, para peserta mesti mencapai ketenangan maksimum. Para petugas akan membaca denyut nadi pada selang waktu yang ditetapkan.

Kadar denyutan jantung paling stabil memenangi keseluruhan pertandingan dan sekiranya ada yang tertidur, tersingkir serta-merta.

Pertandingan Space-out ini dianjurkan oleh seorang artis visual yang dikenali sebagai Woopsyang. Baginya, ini adalah sebagai bentuk penghargaan kepada nilai masa dan ketenangan.

Inside the Space-Out Competition Where People Do Nothing

“Kita berbelanja makan sedap-sedap atau barang idaman selepas dapat gaji bekerja keras. Mengapa tidak memberi penghargaan yang sama untuk masa? ” kata Woopsyang sewaktu ditemu bual VICE.

Dalam kesibukan kita bekerja untuk mengisi perut, ada kalanya bahtera kehidupan yang dikemudi ini mungkin bergerak terlalu laju dan menuntut kita untuk berhenti sejenak serta bertenang.

Berita Penuh : https://www.daebaking.co/pertandingan-tak-buat-apa-apa-di-korea-selatan/?fbclid=IwAR3oXutuNWSdOtJyp02XHBjoN55V3Hi1ToRyajUYd0QV9z-PfopBx43Qg6I

BACA JUGA : Menarik !!! iPhone 13 bakal benarkan pengguna buat panggilan walaupun tiada ‘Line’