Anggota polis diturunkan pangkat gara-gara bawa isteri bersiar guna helikopter


Anggota polis diturunkan pangkat gara-gara bawa isteri bersiar guna helikopter. Disebabkan perbuatan isteri, suami kena tanggung akibatnya apabila tindakan membawa si isteri naik helikopter menggunakan hak milik majikannya iaitu Royal Thai Police.
Dari sini mesti dah dapat fikir apa jadikan? Tanggapan korang tu mungkin betul apabila suaminya diturunkan pangkat dan kini “dipindahkan ke pos yang tidak aktif.”
Ia bermaksud mana-mana polis yang kena ni, mereka akan ditempatkan dekat satu kedudukan “dalam siasatan.” Untuk hukuman tatatertib atas kesalahan yang di buat. Pendek kata digantung tugas.
Posing, selfie, tayang kat view di TikTok
Berbalik kepada cerita ini, si isteri kongsikan rasa ghairah dia dapat naik helikopter polis di TikTok, difahamkan ia digunakan untuk tujuan bersiar-siar.
Isteri mana yang tidak teruja apabila suami mengajak keluar rumah untuk ‘makan angin’, malah bukan ke lokasi biasa-biasa seperti pusat beli belah sebaliknya bersiar-siar dengan menaiki helikopter! Walaubagaimanapun video itu telahpun dipadamkan, namun dengan kepantasan sikap netizen, video itu kini tersebar luas.
Dilihat dalam video itu, wanita tersebut buat tanda peace, buat duck face dan siap tunjuk view daripada helikopter lagi.
Polis dari Udon Thani, Komander Pitsanu Unhaseri mengesahkan bahawa helikopter itu merupakan hak milik Thai Royal P0lis dan kini sias4tan dengan dijalankan, lapor Mothership.
Baca:
Peniaga dakwa pelanggan mula lari, ini puncanya…