Annuar mahu saman Adrian, Pragalath dan Razlan, berkait isu Menara KL

Annuar mahu saman Adrian, Pragalath dan Razlan, berkait isu Menara KL. Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang didakwa memfitnahnya berhubung isu penjualan Menara Kuala Lumpur (Menara KL).

Menurutnya, kenyataan individu berkenaan menerusi beberapa hantaran dipercayai di media sosial mereka, sudah menjejaskan imej dan reputasi serta memberi kesan mendalam kepada beberapa pihak termasuk dirinya sendiri.

“Setelah merujuk perkara tersebut serta meneliti secara mendalam bersama peguam, saya tiada pilihan melainkan mengarahkan tindakan diambil menurut jalur undang-undang terhadap tiga individu iaitu Adrian Lim Chee En, K Pragalath Kumar dan Mohd Razlan Rafii.

“Ada juga yang membuat posting (hantaran) tanpa mengemukakan identiti sebenar mereka dan pihak saya akan cuba untuk mengenal pasti,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Isu penjualan saham Menara KL Sdn Bhd telah dibangkitkan di media sosial.

Urus niaga itu mengundang perhatian kerana syarikat pengurusan itu dikatakan sangat menguntungkan, pada masa sama syarikat yang membeli saham Telekom Malaysia (TM) tidak dikenali.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan memaklumkan sudah memanggil tiga saksi, bagi membantu siasatan isu pemindahan hak milik pengurusan Menara KL.

Tambah Annuar, sejak tercetus polimik berhubung Menara KL yang kononnya dijual senyap-senyap oleh TM telah tersiar pelbagai kenyataan mengelirukan.

BACA JUGA:

Malaysia kutuk Israel sekeras-kerasnya ceroboh Masjid al-Aqsa

Bung mengalu-alukan keputusan PMX dan kerajaan Persekutuan demi kepentingan rakyat negeri ini.

Kekurangan oksigen, lelaki berketurunan Siam ditemui dan dibawa ke hospital