Anwar berada di Ibu Pejabat UMNO selepas dipecat 25 tahun lalu.
“Ini bukan mesyuarat UMNO.”
Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat berseloroh kepada petugas media yang dibenarkan masuk untuk merakam gambar sebelum mesyuarat bersama pemimpin parti Kerajaan Perpaduan, malam ini.
Detik itu mencatat sejarah tersendiri buat Perdana Menteri yang kembali berada di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini, 25 tahun selepas dipecat daripada parti itu.
Anwar mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang bermula jam 8.30 malam tadi.
Mesyuarat turut dihadiri pemimpin utama UMNO dan Barisan Nasional (BN), termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir adalah pemimpin utama parti Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Parti Warisan Sabah (Warisan).
Anwar dipecat daripada UMNO pada 3 September 1998.
BACA JUGA:
Lelaki maut, ditemukan lemas di bawah jambatan
COVID-19: 175 kes baharu dicatatkan
Pasangan warga emas tak pernah lelah urus anak OKU sejak 11 tahun lalu