Apa dia buat sampai sanggup buka pintu kapal terbang waktu kat awan

Seorang penumpang telah ditahan di Mexico selepas membuka pintu kecemasan dan berjalan di atas sayap pesawat, laporan Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Kejadian ini berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico pada hari Khamis, kira-kira pukul 11.30 pagi waktu tempatan. Pesawat, yang dimiliki oleh syarikat penerbangan Aeromexico, dijadualkan untuk berlepas dari Bandar Raya Mexico, tetapi mengalami penundaan disebabkan masalah penyelenggaraan.

Lelaki tersebut dikatakan melakukan tindakan kontroversial tersebut selepas penumpang-penumpang pesawat mengalami ketidakselesaan selama tiga jam di landasan tanpa pendingin hawa atau bekalan minuman.

Apa dia buat sampai sanggup buka pintu kapal terbang waktu kat awan

Tindakan lelaki itu mendapat sokongan dari beberapa penumpang yang menyatakan bahawa dia telah menyelamatkan nyawa mereka.

Dalam satu nota tulisan tangan yang disertakan dengan nama dan tandatangan mereka, penumpang-penumpang pesawat itu menyatakan,

“Semua penumpang penerbangan dari Bandar Raya Mexico ke Guatemala (penerbangan) AM 0672 menegaskan bahawa individu tersebut membuka pintu kecemasan untuk melindungi semua orang dan mendapat sokongan dari semua penumpang.

Ini berlaku disebabkan kelewatan (penerbangan) yang menyebabkan udara semakin berkurang dan mencetuskan keadaan bahaya kepada penumpang. Dia telah menyelamatkan nyawa kami.”

Baca Juga : Memang degil, dah kena serbu tapi masih buka kedai, apa nak buat