Apa itu OOTD? Jom ketahui maksudnya…

Apa itu OOTD? Jom ketahui maksudnya…

“#OOTD Hari Ini, Cantik Tak?”Sebagai salah seorang pengguna akaun media sosial, pasti pernah nampak seseorang upload gambar dengan meletakkan perkataan ootd ni kan?

Selalunva akan diletakkan dalam bentuk hashtaa begini ‘#0OTD’. Lagi-lagi bila tiba time raya Ramai betul upload gambar dengan singkatan #ootdraya

Dan tahukah kalian apa itu maksud ootd ataupun memang tak tahu dan malas nak ambil tahu? Jika malas nak ambil tahu maksud ootd ini sekalipun tak apa, sebab ianya bukanlah sesuatu perkara yang besar sebenarnya.

Cuma bagi yang belum tahu dan tertanya-tanya apakah maksud atau arti ootd ini, di sini aku kongsikan beberapa contoh ootd berserta maksud ayat singkatan (artinya) sekali.

Apakah Maksud Singkatan OOTD?

OOTD merupakan singkatan dari Outfit of The Day

Fenomena OOTD dikatakan muncul buat pertama kali melalui medan sosial Instagram.

Almaklumlah di Instagram kan ramai yang suka upload gambar kehidupan harian, jadi pakaian yang dikenakan pada hari itu di sebut sebagai outfit of the day atau dalam bahasa singkatannya adalah OOTD.

*Maksud Outfit Of The Day Dalam Bahasa Melayu*

Outfit of the day in malay atau maksud outfit of the day dalam bahasa melayu boleh disebut sebagai ‘gaya pakaian untuk hari ini’, lebih kurang macam tu lah. Sebabnya outfit itu sendiri membawa maksud pakaian.

Jadi jangan hairanlah kalau mereka yang bergambar dengan hashtag singkatan OOTD ni kadangkala dengan gaya ala-ala model. Dah namapun nak share tentang gaya pemakaian pada hari tersebut

Walaubagaimanapun, selalunya OOTD digunakan dalam bahasa Inggeris.

Mungkin kerana OOTD dalam bahasa inggeris tampak lebih catchy atau mungkin kerana maksud singkatannya tu lebih mudah untuk disebut. OOTD (Outfit of the day), hmm kan nampak lebih trendy berbanding PUHI (Pakaian untuk hari ini). Ish cam pelik je kalau guna singkatan kot bahasa melayu.

*7 Contoh Pose Gambar Untuk OOTD*

Banyak contoh OOTD vang vang kita boleh dapat dari Google. Boleh juga ambil contoh dari Pinterest, dari blog street fashion atau dari akaun Instafamous.

Untuk akaun instagram itu sendiri, salah satu tips untuk dapat ramai followers adalah dengan pandai mengambil gambar OOTD untuk dikongsikan di dalam akaun Instagram masing masing.

Jika mahu kelihatan seperti model dan bergaya ketika mengambil gambar #00TD (outfit of the day), cuba tiru gaya contoh pose gambar untuk ootd seperti di bawah ini.

Trick ni boleh dijadikan cara posing di tepi pantai, cara bergambar dengan pasangan, cara posing pengantin, posing raya atau cara pose ootd hijab juga. Pandai-pandailah lihat mana yang sesuai.

*1. Pose Sakit Pinggang/Sakit Perut*
*2. Pose Renung Sakit*
*3. Pose Nak Lintas Jalan*
*4. Pose Lap Peluh*
*5. Pose Merenung Masa Depan*
*6. Pose Teriknya Matahari*
*7. Pose Sakit Gigi*

*Tips Mendapatkan Gambar OOTD Sendiri*

1. Natural Light – Cahaya Semula Jadi
2. Gerakan Badan (Pose) – Tiru posing macam dalam majalah
3. Kenalpasti siapa yang pandai ambil gambar
4. Kenalpasti your best side – Wajah sebelah mana lebih bagus dalam gambar
5. Cari background yang menarik
6. Belajar cara guna filters juga untuk edit gambar jika perlu

BACA JUGA:

Ajar anak kemahiran menulis nombor dan huruf.. Berikut ada 5 tips yang boleh diajarkan kepada anak-anak

8 Pergerakan Untuk Bersenam Setiap Hari

Elakkan 10 cara ini ketika mendidik anak.. Agar anak tak keras hati kelak