Apa jahat dia tak buat, jual mak mertua dan bakar rumah isteri

Seorang lelaki di Thailand telah ditangkap oleh polis atas tuduhan terlibat dalam insiden kebakaran rumah dan kes rogol terhadap ibu mentuanya pada 9 Januari lalu.

Kejadian ini melibatkan dua suspek, Yuranan Pranprai dan Chaiwat Auambut, yang juga dikenali sebagai Pae.

Mereka didakwa membakar rumah isteri Yuranan, Prapaporn Deeden, dan menipu ibu wanita itu, Janya Deeden, sebelum merogolnya di sebuah tempat kediaman lain.

Apa jahat dia tak buat, jual mak mertua dan bakar rumah isteri

Menurut laporan The Thaiger, Yuranan telah berjaya ditangkap, tetapi Chaiwat masih dikejar oleh pihak polis.

Semasa proses siasatan, Yuranan mengakui peranan dalam pembakaran rumah isterinya, namun dia menafikan terlibat sebagai dalang dalam kes rogol ibu mentuanya.

Yuranan juga mendakwa bahawa dia tidak menjangka Chaiwat akan melakukan perbuatan rogol terhadap ibu mentuanya.

Ketegangan dalam hubungan ini mungkin disebabkan oleh fakta bahawa Janya melaporkan kepada polis bahawa Chaiwat terlibat dalam pengedaran dadah.

Polis kini giat memburu Chaiwat yang masih bebas. Kes ini mencerminkan keadaan yang kompleks dan kesan ketegangan dalam hubungan keluarga, yang melibatkan tindakan kriminal serius.

Baca Juga : Tak main la artis, jadi orang kayalah pilihan artis ini