Desas desus dari pihak Parti Amanah Negeri Johor yang mahukan pentadbiran negeri khususnya Pengerusi parti itu di peringkat negeri mahu ditukarkan serta digantikan kepada calon yang lebih baik.
Sememangnya Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dianggap lemah oleh kebanyakan ahli di negeri Johor. Hal ini membuatkan tanggapan yang berbaur negatif kerap dituding kepada batang tubuh beliau selaku Pengerusi.
Dalam penilaian itu timbul pula tanda tanya yang menjadi persoalan bagi rata-rata ahli khususnya di peringkat Kawasan Amanah di Johor yang mahu meletakkan nama yang layak bagi menggantikan Aminolhuda sebagai Pengerusi.
Nama yang kuat bermain dalam kotak perbualan antara ahli atau penggerak parti itu di Johor adalah, Sr. Dzulkefly Ahmad, YB Suhaizan Kaiat dan Faizul Salleh. Tiga susuk tubuh ini dianggap sebagai susuk yang berpotensi besar bagi memimpin Amanah di Johor sekaligu menyelesaikan kemelut dalaman yang berlaku selama ini di bawah pentadbiran Aminolhuda.
Sr. Dzulkefly adalah nama yang tidak asing lagi kerana beliau merupakan mantan Adun Kota Iskandar dan juga Exco Perumahan sewaktu Pakatan Harapan memerintah Johor. Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Amanah Johor yang berkhidmat selama 2 penggal di bawah pentadbiran Aminolhuda.
YB Suhaizan Kaiat, satu lagi nama tokoh yang baharu sahaja diangkat menjadi Ahli Parlimen di Pulai selepas kematian bekas Ahli Parlimennya Datuk Seri Salahuddin Ayub. Suhaizan merupakan Naib Pengerusi Amanah Johor dan kini memegang jawatan Pengarah Sumber Manusia di peringkat Nasional.
Tokoh yang ketiga adalah Faizul Salleh. Nama ini antara nama yang disebut kuat oleh kebanyakkan kawasan. Selaku Setiausaha Amanah Johor, sudah pastinya pengalaman yang diperolehi dilihat mampu membawa parti Amanah berjaya di peringkat negeri ini. Beliau dilihat sebagai tokoh muda selain YB Suhaizan Kaiat bagi memangku tugas sebagai orang nombor satu di negeri ini.
Namun dalam beberapa dapatan yang diperolehi, Sr. Dzulkefly Ahmad adalah tokoh yang popular untuk dinaikkan sebagai Pengerusi kerana adat dalam pemilihan ketua di negeri ini banyak berpandukan kepada senioriti seseorang. Memang Dzulkefly adalah tokoh senior yang disegani oleh ahli Amanah di negeri ini dan dilihat mampu berhadapan dengan cabaran dalam menguruskan parti.
Untuk kali ini, kaedah yang digunakan oleh parti Amanah adalah dengan meletakkan kuasa mutlak kepada Presiden parti itu untuk melantik Pengerusi bagi setiap negeri. Memang ia adalah tanggungjawab yang tertumpu pada Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu.
Terdapat juga suara yang kuat memberi amaran agar Presiden Amanah tidak lagi mempertahankan Pengerusi yang sedia ada ketika ini. Amaran itu memuncak sehingga menyatakan sokongan Mohamad Sabu akan hilang jika mempertahankan Pengerusi hari ini yaitu Aminolhuda.
Baca Juga : Kenyataan Mahathir : Dewan Himpunan Pas mahu lapor polis