Apa punca anak biadab? Mari kita semak puncanya
Bila sebut bahasa kurang sopan, tergambar perkataan kotor, mencarut dan ayat-ayat maki hamun yang keluar daripada percakapan seseorang atau tulisan mereka di media sosial.
Bagi mereka yang diajar sejak kecil mengamalkan bahasa yang baik dan beradab, mungkin kurang senang jika ada yang berkomunikasi dengan bahasa yang kurang sopan dan tidak beradab.
ANTARA SEBAB GENARASI KINI SEMKAIN KURANG AJAR
Kenapa anak muda sekarang ramai kurang ajar?
Macam ini, bila anak-anak ini banyak menghadap gajet dan game secara melampau mereka akan mengalami Social Isolation :
1. Terperap di rumah
Apabila anak-anak bermain dengan gajet, ini akan membuatkan mereka berasa leka dan tidak sedar berapa lama mereka sudah menghadap gajet tersebut. Hal ini akan membuatkan mereka tidak melakukan aktiviti di luar dan hanya terperap di rumah sahaja.
2. Jumpa kawan maya sahaja
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, berjumpa kawan secara maya menjadi satu ‘trend’ pada ketika itu malahan ia berlanjutan sehingga kini.
3. Tak jumpa face-to-face
Dengan teknologi yang semakin canggih, anak-anak tidak perlu untuk keluar semata-mata berjumpa dengan kawan. Namun, hanya menggunakan aplikasi seperti Google Meet, Zoom dan Discord.
Perlahan-lahan benda ini akan tumpulkan Social Skills anak kita :
1. Dia tak reti nak baca mimik muka kawan
Mimik muka kawan yang baru sahaja kenal sukar untuk dibaca kerana hanya bertemu di alam maya sahaja.
2. Dia jadi tak reti nak ambil hati orang tua
Hal ini terjadi kerana kurangnya berjumpa dengan orang dan membuatkan mereka tidak tahu reaksi yang sepatutnya ditunjukkan.
3. Dia jadi hilang ‘common sense’ dalam berkomunikasi
4. Dia jadi tak reti nak pilih bahasa yang ‘appropriate’ bila bercakap dengan orang
Apabila banyak menggunakan gajet, mereka lebih banyak mendiamkan diri dan lebih ingin menyendiri. Jadi kemahiran berkomunikasi dengan orang sekelilingi berkurang.
Akhirnya kesannya nanti :
1. Dia tak reti jawab soalan
Ini membuatkan mereka tidak dapat menjawab setiap soalan dengan tepat kerana kurang pengalaman, kurang komunikasi serta mempunyai perasaan gemuruh yang melampau.
2. Dia tak reti pandang mata orang
3. Dia seolah-olah jadi biadap dan kurang ajar bila menjawab pertanyaan
Anak-anak tidak dapat mengetahui ‘body language’ seseorang dengan tepat dan mereka juga tidak dapat mengadaptasi kepada diri mereka.
Memang banyak faktor penyebab anak jadi kurang ajar ni sebenarnya tapi tumpul Social Skills ini juga salah satu penyebab terbesar juga kenapa anak anak jadi kurang ajar dan biadap bila bercakap dengan orang lebih tua.
Perhatikan screen time anak, jangan sampai anak menjadi hamba kepada gajetnya.
BACA JUGA:
Sekurang-kurangnya dua dos vaksinasi Covid-19, Thailand perketat aturan baru pelancong
Tidak ada sokongan ADUN PH untuk bentuk ‘Kerajaan Pintu Belakang’