Arab Saudi anjur konsert hiburan antarabangsa tanpa henti selama dua malam

Arab Saudi anjur konsert hiburan antarabangsa tanpa henti selama dua malam

Bandar Diriyah yang hanya terletak 10 kilometer di barat Riyadh bakal digegarkan dengan persembahan barisan artis antarabangsa sempena konsert hiburan tanpa henti selama dua malam di Diriyah E-Prix 2022.

Lapor Arab News, konsert tersebut bakal berlangsung pada 28 hingga 29 Januari depan.

Arab Saudi anjur konsert hiburan antarabangsa tanpa henti selama dua malam

Bandar Diriyah dipilih sebagai tuan rumah sempena pembukaan kejohanan dunia ABB FIA Formula E bagi musim kelapan.

Baca Juga : Salji mula turun di Arab Saudi, petanda apakah?

Baca Juga : Azan diperlahankan di Arab Saudi

Perlumbaan Formula E pada waktu malam akan disusuli dengan penganjuran konsert yang diuruskan oleh MDLBeast Presents.

Senarai penuh artis antarabangsa yang bakal menjayakan persembahan tersebut akan diumumkan kemudian.

Konsert yang dianjurkan sebelum ini pernah mengundang kumpulan muzik terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Black Eyed Peas, pemenang Anugerah Grammy, Maluma serta DJ sensasi, David Guetta.

Harga tiket dijual bermula 150 riyal (RM167) dan boleh ditempah di www.diriyah-eprix.com

Baca Juga : Kisah keluarga Diraja Arab Saudi, apa yang akan berlaku selepas ini?

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )