[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Arab Saudi larang buat ‘live’ ibadah dari masjid sepanjang Ramadhan bendera arab saudi mata wang arab saudi arab saudi kini bersalji bokep arab saudi salji di arab saudi snow in arab saudi translate arab to malay arabic to malay translate malay to arab google translate arabic to malay arabic to english malay to arabic nombor dalam bahasa arab [/bg_collapse]
Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi telah melarang siaran langsung solat di masjid sepanjang Ramadhan. Maklumat ini disampaikan oleh pejabat akhbar kerajaan, SPA .
Kementerian melarang penggunaan kamera di masjid-masjid untuk merakam para imam dan jemaah selama solat. Mereka juga melarang dilakukan siaran langsung (streaming) solat melalui semua jenis media.
Langkah itu adalah sebahagian daripada siri garis panduan yang dikeluarkan kementerian menjelang bulan suci Ramadhan .
Kementerian berkata organisasi yang merancang untuk mengadakan program iftar perlu memohon kebenaran dan kelulusan daripada kementerian. Mereka juga menegaskan badan bukan kerajaan yang mengagihkan juadah berbuka puasa kepada jemaah di masjid perlu berkoordinasi dengan imam masjid masing-masing.
Organisasi swasta dan individu yang mengadakan iftar bersama-sama mesti mematuhi garis panduan dan peraturan standard yang diluluskan oleh Kementerian. Mereka tidak boleh berlebih-lebihan ketika mengagihkan juadah berbuka puasa.
Tak hanya itu, pihak yang mengadakan buak puasa bersama juga diwajibkan menyediakan makanan dari kedai-kedai yang telah dilesenkan oleh pemerintah kota. Jika mereka menerima sumbangan makanan berbuka puasa dalam bentuk barang, mereka harus mengambilnya dari kedai yang disetujui.
Organisasi yang merancang untuk mengadakan program Dakwah di luar majlis berbuka puasa hendaklah memohon permit.
Tambahan pula, bagi organisasi yang merancang untuk mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama di khemah Ramadhan, mereka perlu mematuhi spesifikasi dan piawaian yang diluluskan untuk khemah oleh pihak berkuasa berkaitan.
Selain itu, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Pertahanan Awam untuk memasang khemah Ramadhan, serta mematuhi arahan yang dikeluarkan kementerian dan pihak berkuasa yang berwibawa untuk menangani kecemasan.
Pedoman tersebut juga akan berlaku untuk organisasi yang tidak berada di bawah pengawasan Kementerian, jika mereka ingin mengadakan projek buka puasa di masjid-masjid di seluruh Kerajaan.
TONTON :
BACA:
‘King’ Myvi buat hal lagi, “steering macam kereta sport..”
Pegawai polis kongsi cara elak whatsapp kena ‘hack’
Akhirnya Azira mengaku ada hubungan ‘istimewa’ dengan Sharnaaz Ahmad