‘Asal JDT main tak main semua dia nak angkut’, TMJ hentam Kim Pan Gon

‘Asal JDT main tak main semua dia nak angkut’, TMJ hentam Kim Pan Gon. Pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyuarakan pandangannya bahawa seperti tiada perbezaan di antara jurulatih tempatan dan asing yang masih memilih pemain tidak cukup minit permainan mewakli skuad kebangsaan.

“Ingatkan jurulatih asing lain, rupanya dua kali lima, satu minit tak main pun masuk dalam senarai, asal JDT main tak main semua dia nak angkut,” katanya dalam Instagram.

Kenyataan itu dibuat selepas jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang bakal menggalas tanggungjawab untuk mengharungi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Sabtu.

Pan-gon kelahiran Korea Selatan membuat keputusan untuk membawa 23 pemain sahaja dengan beberapa nama digugurkan.

Pemain yang digugurkan ialah Kalamullah Al-Hafiz dan juga R. Kogileswaran selain pertahanan muda Terengganu, Shahrul Nizam.

'Asal JDT main tak main semua dia nak angkut', TMJ hentam Kim Pan Gon

Kogileswaran yang menjadi antara pemain yang disenangi penyokong Harimau Malaya disisihkan oleh Pan-gon yang lebih mahukan pemain lain mengisi tempatnya.

Selain itu, Liridon Krasniqi dan Afiq Fazail turut digugurkan oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan tersebut.

BACA:

B40 berpeluang miliki rumah sendiri, ini skim dana bantuan yang boleh dimohon

Yazmin Aziz kesal media tempatan lebih minat pasal bikini bukan kejayaannya buat persembahan

Lelaki Arab Saudi nekad lamar bila dia mengetahui Amber Heard kena buli dan dibenci