Asri Janggut hina polis dan tentera tidak solat, Bukit Aman mulakan tindakan

Polis Kuala Lumpur menerima satu laporan yang dibuat individu susulan kenyataan yang dikeluarkan Asri Janggut menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, laporan itu dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

“Siasatan telah dijalankan oleh pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, tular satu klip video memaparkan kenyataan yang dibuat Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut yang mengguris hati petugas keselamatan berkenaan.

Asri dalam kenyataannya di video berkenaan mendakwa petugas keselamatan itu tidak menunaikan solat dan merokok.

Malah, Asri turut mempertikaikan tentang petugas keselamatan itu adakah pernah bertanyakan kepada anak mereka tentang kalimah syahadah.

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/96273/BERITA/Nasional/Bukit-Aman-siasat-kenyataan-Asri-Janggut-hina-polis-ATM

COMMENTS

Wordpress (0)