Atikah Suhaime kongsi momen jumpa ayah mentua yang juga seorang hartawan buat pertama kali

Umum mengetahui bahawa Datin Atikah Suhaime telah mendirikan rumah tangga dengan Pegawai Eksekutif Zaitun, Lokman Teh pada 21 Januari yang lalu.

Terbaharu, Atikah berkongsi momen dia berjumpa bapa mertuanya, Datuk Seri Mohd Kamal Eusuff Teh buat pertama kali dalam satu sesi temu bual.

Menurutnya, bapa mentuanya melabelnya sombong kerana dia tidak bertegur sapa ketika dia dan suami masih bercinta. Jelasnya, aura yang dimiliki bapa mentuanya itu membuatkan dirinya berasa segan dan takut untuk menegur.

Atikah Suhaime kongsi momen jumpa ayah mentua yang juga seorang hartawan buat pertama kali

“Saya sangat segan pertama kali jumpa bapa mentua saya. Saya tak tegur dan lepas itu bapa mentua saya mengadu pada suami saya waktu kami masih bercinta. Dia cakap ‘eh you punya girlfriend banyak sombong kenapa dia tak nak tegur saya?’.

“Lepas tu suami saya (ketika itu teman lelaki) dia beritahu yang bapa mentua ingat saya sombong. Saya tak bermaksud untuk sombong pun sebenarnya saya segan.

@nona.my Comel je dengar Datin Atikah Suhaimie cerita momen first time jumpa bapa mentua. Sampai pengasas produk Zaitun tu ‘mengadu’ dekat anak lelaki tentang pelakon cantik ni. Dah kahwin, keluarga mentua sebenarnya baik & humble. #marriage #celebrity #cooking #fypシ ♬ original sound – NONA

“Bapa dan emak mertua saya sangat rendah diri walaupun mereka jutawan. Saya tertanya-tanya kenapa ada orang baru dapat sikit terus sombong.” ujar Atikah.

Tambahnya, dia juga sangat kagum dengan kedua ibu bapa mentuanya yang sangat merendah diri tidak kira status dan pangkat mereka.

Baca juga: Lelaki terkejut tengok lembaga atas jalan masa balik kerja, sekali ini yang jadi