Atlet Malaysia bakal menentang Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di suku akhir Terbuka India

Atlet Malaysia bakal menentang Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di suku akhir Terbuka India. Beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa melalui saingan sengit menentang beregu Taiwan sebelum berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka India 2023, di sini, malam tadi.

Penyandang juara dunia itu bangkit daripada ketinggalan set pertama 15-21, sebelum mengatasi Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, 21-19, 21-19, dalam pertarungan selama 55 minit di Dewan Tertutup KD Hadhav.

“Ini adalah kemenangan yang sukar dan memang ia tidak semudah seperti dijangkakan,” kata Aaron kepada Bernama selepas perlawanan pusingan kedua tersebut.

Hari ini (Jumaat), Aaron-Wooi Yik akan menentang beregu senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, pada saingan suku akhir selepas Yew Sin-Ee Yi berhempas pulas selama 57 minit untuk menyingkirkan beregu Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren, 21-16, 13-21, 21-19.

Ei Yi berkata perlawanan tersebut adalah sengit selepas beliau tidak berapa sihat sejak Rabu akibat cuaca sejuk di sini.

Sementara itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah, yang tersingkir awal pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023, munggu lalu, turut melangkah ke suku akhir.

Beregu wanita negara, yang berada pada ranking kelapan dunia, turut berentap dalam rubber-set untuk mengatasi wakil Taiwan, Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun ,21-14, 16-21, 21-16 dalam masa 51 minit.

Pearly-Thinaah akan berdepan dengan gandingan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi untuk mwemburu tiket ke separuh akhir.

Dalam pada itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, bagaimanapun, terkandas di pusingan kedua selepas ditunjuk jalan keluar oleh pasangan China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping, 21-23, 12-21.

Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, gagal mara ke suku akhir selepas tewas kepada pemain China, Li Shi Feng, 11-21, 21-14, 18-21, dalam perlawanan selama 64 minit.

Shi Feng, juara Remaja Olimpik 2018, akan berdepan dengan wakil Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting, di pentas suku akhir hari ini.

Dalam satu lagi saingan pusingan kedua, juara dunia, Viktor Axelsen dari Denmark, turut melangkah ke suku akhir selepas menewaskan pemain China, Shi Yu Qi, 21-16, 16-21, 21-9.

BACA JUGA :

COVID-19: 318 kes baharu dilaporkan, tiada kematian

Budak lelaki Bangladesh ditemui terperangkap dalam kontena

Pokok tumbang, seorang remaja perempuan maut akibat terhempap

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Atlet Malaysia bakal menentang Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di suku akhir Terbuka India […]