MCA enggan iktiraf PN, akui masih setia bersama BN

Selepas Umno menolak untuk sertai PN, serta MIC tarik balik semula permohonan sertai PN, kini MCA pula tegaskan mereka bukan sebahagian daripada PN dan kekal setia bersama Umno dan MIC dalam BN, macam mana ni abah kau?

PRN Sabah : DAP terbuka guna lambang Warisan

DAP dijangka akan turut langkah Amanah dalam PRN Sabah dengan menggunakan lambang Warisan sebagai simbol kesepakatan dan kesepaduan sebagai sebuah gabungan politik yang terbaik dalam usaha untuk terus memenangi pilihan raya tersebut

PRU mengejut hanya tambah buruk keadaan negara

Jika PRU diadakan secara mengejut, tiada pihak yang akan mendapat mandat yang kuat, bahkan ia hanya akan memburukkan lagi keadaan kerana seluruh dunia masih berperang dengan Covid 19, ekonomi negara juga dalam keadaan teruk dan akhirnya rakyat akan terus menderita

Dakwa 12 individu berkait LTTE , Tun M cabar PN

Sebelum ini rancak dan galak puak PN memainkan isu surat daripada Tun M kepada Muhyiddin yang mencadangkan supaya LTTE digugurkan dari senarai pengganas dalam Malaysia. Sekarang PN dah berkuasa dan Muhyiddin pula PMnya, tunggu apa lagi atau serupa kes Adib juga akhirnya?

PRN Sabah : PN masih berebut pembahagian 73 kerusi

Tiada pembahagian yang adil boleh dijangka dari gerombolan penyamun penipu dan perompak seperti PN ini, siapa yang lemah akan ditindas semahunya oleh yang kuat, sebagai abang long tentunya Umno mahu mendominasi pembahagian kerusi tersebut

Polis pun ditangkap, Khairuddin bila lagi?

Sedangkan pegawai kanan polis pun ditangkap kerana langgar SOP PKPP, rakyat tentunya tak sabar nak tunggu giliran Khairuddin pula digari tangan diheret masuk dalam lokap atau dipenjarakan atas kesalahan yang sama

Bilangan Adun PH dan PN di Johor kini sama banyak?

Menjelang Sidang DUN Johor yang akan bermula Khamis ini, kedudukan PN disana semakin genting apabila Osman Sapian jelas bersama Pejuang dan meninggalkan PPBM, ini sekaligus menjadikan PH 28 dan Speaker DUN yang punyai kuasa undi pemutus pula adalah lantikan PH

PRN Sabah : PKR mungkin hanya diberi 12 kerusi

Prestasi PKR pada PRU 14 lalu yang hanya menang dua kerusi dari sembilan yang ditanding, ditambah pula dengan perpecahan dan masalah dalaman serta penerimaan rakyat pada parti itu menjadi ukuran dalam agihan di kalangan PH Plus