Tanpa PH maka Dr M dan Pejuang takkan kemana

Perpecahan selalunya akibatkan kelemahan dan kekalahan, Slim menjadi makmal politik terbaru untuk pembangkang, teruskan bercakaran maka peluang semakin hilang, kembali satupadukan gerakan maka kemenangan semakin di depan

TERKINI : PH 28 PN 28, kedudukan semasa di Johor?

Politik di Johor semakin bergegar kuat apabila kedudukan PN yang mentadbir Johor dengan 29 kerusi sebelum ini akan kembali tumbang. Ini berikutan PH yang memiliki 27 kerusi akan menerima penyertaan beberapa Adun baharu sekaligus bakal perolehi majoriti semula untuk memerintah Johor?

Hadir program Pejuang, Osman berani hadap segala kemungkinan

Bekas MB Johor merangkap Adun Kempas dari PPBM itu nekad bersama Pejuang dan tidak kisah jika dikenakan tindakan. Inilah petanda gelombang penentangan dalam kalangan pimpinan dan akar umbi Bersatu kepada Muhyiddin dan sebagai isyarat untuk tinggalkan Bersatu dan sertai Pejuang bersama Tun M

Terima ahli bukan Melayu, Bersatu serupa DAP?

Ada beberapa parti politik di Malaysia ialah bersifat multietnik iaitu libat semua kaum, contohnya seperti DAP dan PKR, kini Bersatu juga berminat untuk jadi parti pelbagai kaum walaupun sebelum ini berdegar-degar melaungkan perjuangan untuk Melayu