“Ayah aku paksa kahwin sebab bakal suami kerja luar negara, 9 tahun aku kena jaga suami lumpuh, aku sorang kena jaga 6 anak..”

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Tolong hide ye profile saya. Kisah ni panjang sikit ye. Saya baru berumur 39 tahun, ada 6 orang anak. Saya berkahwin di usia 23 tahun itu pun sebab orang meminang di rumah, dan ayah saya setuju sebab dia kenal orang tu dan kerja luar negara masa tu.

Kiranya saya ni terp4ksa kahwin juga walaupun saya sendiri tak nak. Sepanjang hidup ayah saya tak pernah minta apa pun dengan saya, jadi saya ikutkan juga walaupun tak rela. Diawal perkahwinan, mertua dah mula kontrol, tak bagi saya balik ke rumah keluarga, padahal rumah tak jauh pun.

Mereka kata perempuan dah kahwin kita kira dah ikut keluarga lelaki, tak boleh balik rumah suka – suka nak ke rumah sendiri. Suami kerja luar masa tu tapi lepas tu saya pindah ikut dia ke luar negara. Adalah masalah lain lagi tapi suami baik, dia akan cuba pert4hankan untuk saya.

"Ayah aku paksa kahwin sebab bakal suami kerja luar negara, 9 tahun aku kena jaga suami lumpuh, aku sorang kena jaga 6 anak.."

Apa yang tak betul dia akan jawab semula, takdelah dia ikut je cakap mak dia. Tapi dia anak sulung, kebanyakan gaji dia habis hantar kat rumah family dia, family dia kena lengkap, stok makanan tak boleh putus, barang tak habis lagi pun kena simpan banyak stok lagi, semua jenis kena cukup.

Bila saya minta duit dia kata tak cukup, kami berjimat – jimat jela, sebab duduk luar kos lagi tinggi dengan anak – anak lagi kan. Masa dah ada anak ke-3 saya buat keputusan untuk balik ke kampung sebab anak – anak nak sekolah, jadi suami pun beli rumah berhampiran keluarga saya, senang apa – apa ada orang berdekatan.

Itu pun ada bunyi juga tapi kami diamkan aje. Kami start PJJ tapi ok je , dia pun dah sem4kin naik pangkat, gaji 5 angka. Saya perasan la dia macam berlagak sikit. Saya ada alahan masa mengandung lagi, saya mengadu penat, dia kata takpela saya bagi awak pembantu free (maksud dia isteri ke-2, dia kata dia mampu), padahal dia tak pernah bagi duit pun kat saya, dia hanya pastikan semua lengkap sahaja.

Walaupun dia bergurau tapi h4mbar bagi saya. Lagipun dah kahwin kan, dalam islam isteri wajib ikut tunaikan tanggungjawab kita, rela tak rela ke. tak tunai kita yang di Iaknat. Kemudian mula la dia jatuh s4kit, Iumpuh separuh badan, berapa bulan tak dapat bekerja, segala duit habis sebab dia berulang ke private hospitaI masa tu, insurans kena bayar dulu claim kemudian sebab luar negara.

Masa tu juga saya la yang mulakan perniagaan saya dengan bantuan keluarga saya. Perit la juga sebab semua benda tiba – tiba, kena uruskan kedai dan juga suami yang s4kit dekat rumah. Ke sana sini untuk ubatkan dia, duit niaga pun banyak habis untuk berubat je, makan banyak keluarga saya yang bantu masa tu.

Keluarga dia pun hilang tempat berg4ntung jadi saya pun tak salahkan mereka. Suami terp4ksa berhenti kerja atas sebab Medikal tak lama tu. Jadi selama 7 tahun saya la yang utama suport keluarga kami, suami banyak bantu urusan hantar atau beli barang je dengan anak – anak.

Makan pakai, anak – anak, rumah, kedai, kereta semua saya yang tanggung. Selama awal beberapa tahun tu tak kisah sangat sebab perniagaan saya sem4kin ok, tapi lepas PKP ni perniagaan saya sem4kin merosot. Disebabkan harga barang kerap naik, saya tetap juga bertahan sebab bukan semua orang mampu nak beli barang mahal, dan saya cuba juga support pekerja saya beberapa orang yang dah bebrapa tahun dengan saya.

Ssaya naikkan juga gaji mereka sebab kesian kos sara hidup m4kin tinggi. Tapi saya lupa kos saya pun sem4kin tinggi, saya mula ambil pinjaman. Untuk teruskan perniagaan, jual kereta kedua, saya mula pajak emas untuk teruskan perniagaan sebab ni je punca rezeki kami sekeluarga, permintaan ada, tapi kos sem4kin tinggi.

Kita nak naikkan barang mend4dak tak boleh sebab ramai orang yang susah di tempat saya, tak sampai hati nak susahkan orang. Tapi tu semua saya yang tanggung, suami saya selesa je dengan hidup dia, makan minum urusan anak – anak, rumah semua saya tanggung, malah untuk rumah mak dia pun.

Dia habiskan duit untuk hobi dia, mana dia dapat duit pun saya tak tahu tapi boleh je dia bayar kereta 1k+ loan lain dengan hobi dia dalam 1k++ juga. Saya tahu ada duit yang customer yang saya usahakan dia pegang, masuk akaun dia. Sedangkan duit lebihan tu, itula duit saya nak maintain untuk semua urusan.

Berapa tahun saya sabar, saya diam, lama – lama saya jadi tak redha nak ikhlaskan hati, sebab saya je kena berpenat lelah, dia ingat duit yang saya dapat dari kedai lebih banyak, cukup untuk saya support semua. Serius m4kin lama m4kin tawar hati.

Sampai la sekarang ni, nak beli susu, pampers anak yang baby pun kadang – kadang saya tak de duit. Anak – anak minta sabun mandi, ubat gigi pun saya tak cukup duit, saya utamakan makan mereka dulu. Disebabkan loan saya masa pkp saya dah terik4t sebab saya pastikan loan dibayar ikut masa.

Bila cakap kat dia, dia hurmkan aja. Tapi tetap saya cuba ada balance berapa ringgit tu, dari tu la saya cuba usahakan juga buat modal untuk buat produk, Dari situ la saya bertahan setiap hari. Saya penat sangat tapi saya tak boleh mengalah, anak – anak perIukan saya.

Saya sekarang dah nekad nak bercerai tapi tak tahu macam mana nak cakap dengan mak ayah saya. Saya tak nak susahkan mereka, masing – masing ada peny4kit j4ntung. Suami saya ni bukan la jahat, cuma dia tak prihatin.

Dia ingat semua ok, dia ingat saya ok sebab saya macam biasa je luaran, cuma saya kerap cepat marah. Saya dah mula jadi biadap bila saya tertekan, sebab tu saya nak bercerai cepat, tak tahan dah nak tanggung d0sa.

Bayangkan berapa belas tahun kahwin ni dia tak pernah ambil tahu anak pakai pampers size apa, susu jenis apa, pakaian anak dekat almari mana. Sejak setahun ni baru saya mula banyak menjawab, banyak arahkan dia buat kerja rumah, suruh dia ambil tahu tentang anak – anak.

Tapi itula, kadang – kadang saya marah dia, dia lepaskan kat anak – anak semula. Dia cuba untuk jadi lebih baik, tapi ntah la saya dah takde apa – apa perasaan. Dari sayang, jadi kesian, sekarang ni tak tahu la ada perasaan apa yang tinggal. Cuma hormat je kot dia sebagai suami dan ayah anak – anak saya.

Jangan cakap eh saya anak ramai sebab hari – hari menempek kat dia eh, kami setahun mungkin sekali, 2 atau 3 kali je. Di situ yang terlekat anak – anak ni. Lagipun dulu saya tak kisah anak ramai, saya happy je dengan anak – anak mereka la kekuatan saya.

Alhamdulillah anak – anak sangat baik, mereka sangat berdikari dan banyak membantu saya, cuma tengah mencari kekuatan, nak melangkah keluar dari sini, mungkin saya perlu ke kaunseling dulu ke??? Pasal suami ni saya tak cakap apa – apa lagi kat dia. Saya baru luahkan kat anak – anak saya yang besar je.

Mereka kata diorang ok je. Mereka cuma tak nak saya tinggalkan diorang je, atau abaikan diorang je nanti. Saya cakap insyaAllah tak, sebab selama ni pun saya yang tanggung mereka, saya takkan pisahkan meraka adik beradik.

Komen W4rganet :

Mimi Hafiza : Saya bukan pakar dalam bagi nasihat, berbanding puan dah lama berumah tangga jika berbanding saya yang setahun jagung.

1. Cari masa dan ruang cakap dengan suami puan soal ni. Tak boleh tunjuk yang kita ok. Kita perempuan dan memang bebanan tak boleh terlalu berat sebab kita mudah burnout berbanding lelaki. Ada masa dan ruang luah semua isi hati.

2. Kalau dah memang tak sefahaman, dan masih macam tu. Berpisah bukanlah dilarang dalam agama. Jika tu nak elak kita dari bertambah d0sa dengan suami. Plus, selamani puan uruskan sendiri soal anak – anak.

3. Bab parents, slow talk. In shaa Allah depa faham. Bukan nak buka aib, tapi kadang – kadang kita perlu buka sedikit untuk parents faham. Bukan a-z kita cerita. Atau mintak pendapat depa as orang tua.

Just my opinion yang juga isteri bekerjaya, ada anak rapat, suami kerja jauh. Moga semua baik – baik dan moga jalan kita pilih adalah terbaik. In shaa Allah

Puan Faezan Afza : Bila baca kisah awak. Ya Allah saya rasa bersyukur sangat – sangat dengan suami sendiri. Walaupun dia ade kekurangan tapi banyak juga kelebhan dia dan dia lebh utamakan isteri dan anak – anak. Saya doakn semoga Allah bagi awak kekuatan luar biasa untuk keluar dari masalah ini. Semoga Allah bantu awak dari awal sampai akhir. Moga awak juga jumpa kebahagiaan yang lebh baik. Aamiin yra..

Baca juga: “Kakak adik suami aku suka curi barang aku siap selfie masuk media sosial, dah lah tak minta izin”