Ayah kelar leher anak kerana tukar siaran TV sesuka hati

Ayah kelar leher anak kerana tukar siaran TV sesuka hati

Seorang lelaki warga emas sanggup mengelar leher anaknya sendiri di kediaman mereka di Hulu Bernam, dipercayai kerana berang dengan kelakuan si anak menukar siaran televisyen yang sedang ditontonnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, suspek yang berusia 71 tahun itu sebenarnya telah lama berang dengan anaknya yang dikatakan malas dan enggan mencari kerja.

Ayah kelar leher anak kerana tukar siaran TV sesuka hati

Senjata yang digunakan untuk mengelar leher mangsa.

Kebetulan ketika pertengkaran dua beranak itu terjadi, mangsa yang berusia 37 tahun bertindak mengubah siaran televisyen yang ditonton suspek dan mengundang kemarahan warga emas tersebut.

Suspek awalnya mengaku kononnya dia menemui si anak terlentang dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu sepulang dia dari kedai berhampiran rumah untuk membeli barang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.55 tengah hari itu, isteri suspek yang juga ibu mangsa tiada di rumah kerana sedang keluar bekerja. Manakala kedua suspek dan mangsa adalah penganggur, menurut laporan Kosmo.

Suspek kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada jirannya dan meminta untuk menghubungi pihak polis.

Namun setelah disoal siasat, menurut Arsad suspek akhirnya mengaku menolak mangsa ke dinding hingga jatuh ketika mereka bertengkar dan kemudian menoreh leher mangsa sebanyak tiga kali menggunakan pisau dapur berukuran 20 sentimeter. Pergelutan juga sempat terjadi antara suspek dan mangsa.

“Dalam laporannya, dia (suspek) me­ngatakan terjumpa anaknya dengan luka di leher dan darah keluar dari kepala.

“Pun begitu, siasatan yang dilakukan menemui kesan luka yang dalam pada leher mangsa.

“Kita dapati, kesan itu bukan seperti tindakan membunuh diri sebalik­nya dilakukan oleh pihak ketiga,” kata Arsad ketika dihubungi Kosmo.

Ujar Arsad, ujian air kencing suspek menunjukkan keputusan negatif dan suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Suspek kini sedang direman hingga 10 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati.

BACA JUGA : Mahkamah benar gambar, video kes bunuh Syed Danial dimainkan
Wanita diberkas polis selepas muat naik, jual video lucah diri sendiri
Betul-betul ‘anak jantan’, lelaki serang 11 harimau

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )