Seorang bapa bernama Mat Rokim, 39, meluahkan rasa terkilan setelah mendapati anak gadisnya sudah bernikah dengan pengurus sebuah sekolah pondok. Mat Rokim benar-benar tidak menyangka lelaki dewasa berkenaan tergamak mengambil kesempatan ke atas anaknya yang baru berusia belasan tahun.
Anak tak pernah cerita kepada saya
Apa yang lebih mengejutkan, pernikahan secara siri (tidak berdaftar di pejabat agama) berkenaan rupanya sudah berlangsung pada 15 Ogos 2023 lalu. Hal itu baru diketahui oleh Mat Rokim setelah orang kampung mula bercakap-cakap tentang khabar angin kehamilan anaknya. Merasa pelik dengan dakwaan itu, dia segera menghantar seorang saudaranya untuk untuk bertanyakan kebenaran pada gadis itu.
Bapa Kesedihan Anak Bawah Umur Dinikahi Pengurus Sekolah Pondok Tanpa Izinnya
Hatinya retak seribu apabila anaknya mengesahkan perkara tersebut. Sebelum bersetuju untuk berkahwin, gadis itu berkata suaminya telah menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan hidup selain pemberian mahar bernilai Rp300,000 (RM86). Kini Mat Rokim lantang mendapatkan keadilan buat anaknya dan lelaki bernama Muhammad Erik sudah berada di bawah pantauan polis atas pertuduhan nikah tanpa wali.
Bapa Kesedihan Anak Bawah Umur Dinikahi Pengurus Sekolah Pondok Tanpa Izinnya
Isteri hanya dipanggil pada waktu tertentu untuk beri ‘layanan’
Difahamkan, dahulu anak Mat Rokim selalu hadir ke kuliah agama individu berkenaan yang dibuat di kawasan perumahan mereka. Mungkin dari situlah perkenalan mereka bermula. Kedua-dua tidak duduk bersama setelah berkahwin, sebaliknya Muhammad Erik akan menghantar seseorang untuk menjemput isterinya dan dibawa ke sebuah rumah lain bagi melakukan hubungan suami isteri.
Bapa Kesedihan Anak Bawah Umur Dinikahi Pengurus Sekolah Pondok Tanpa Izinnya
Sekarang anak saya tak keluar rumah sebab malu
Bukan sahaja kasihan melihat trauma ditanggung anaknya, malahan Mat Rokim juga berdepan tekanan akibat mulut orang sekeliling yang sibuk bercakap tentang kehamilan bawah umur tersebut. Setelah berita ini tular, Muhammad Erik ada datang bertemu keluarga mereka bagi meminta maaf. Namun Mat Rokim yang sudah diketepikan selaku wali utama enggan memaafkan perbuatan melampau Erik.
Bapa Kesedihan Anak Bawah Umur Dinikahi Pengurus Sekolah Pondok Tanpa Izinnya
KREDIT : Portal tvonenews & IG jawapos