Azmin akui tidak selesa bersama Anwar Ibrahim

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan dirinya lebih selesa berkawan atau bekerjasama dengan parti UMNO dan PAS jika dibandingkan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, perseteruan dan perebutan jawatan membabitkan pemimpin terbabit dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuatkan dirinya serta rakyat Malaysia sudah berasa bosan kerana diheret sama ke dalam kancah yang berlarutan selama lebih 20 tahun itu.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan dirinya bersama beberapa Ahli Parlimen yang lain mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama Pakatan Harapan (PH) sebaliknya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Soalan yang sering ditanya kepada saya, apakah saudara selesa duduk dengan Pas dan UMNO? Saya jawab mudah saja,`saya lebih yakin duduk di sebelah Pas dan UMNO daripada duduk dengan Anwar Ibrahim.

“Saya bukan kenal dia satu hari (atau) dua hari, berpuluh tahun (saya kenal), sudah-sudahlah.

“Rakyat menderita di bawah, rakyat susah di bawah, hari-hari dia (Anwar) tanya bila aku nak jadi perdana menteri.

“Yang si Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) kata tunggulah bagilah aku enam bulan lagi, (Anwar) tak (setuju), (minta) tetapkan tarikh.

“Tuan-tuan, 20 tahun kami bincang siapa nak jadi perdana menteri, cukuplah tak ada kerja lain.

“Saya ingat dua-dua ni rehat, serahkan kepimpinan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata Mohamed Azmin.

Berita penuh : https://beta.astroawani.com/berita-politik/saya-selesa-duduk-dengan-pas-umno-berbanding-anwar-ibrahim-azmin-258217