B40 berpeluang miliki rumah sendiri, ini skim dana bantuan yang boleh dimohon

B40 berpeluang miliki rumah sendiri, ini skim dana bantuan yang boleh dimohon. Skim ini adalah sebuah program pembiayaan rumah selangorku (dana sel) melalui skim sewa milik yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri supaya dapat memudahkan mereka yang telah mendapat tawaran Rumah Selangorku tetapi gagal dalam proses pinjaman dari bank.

Bagaimana Proses Kelayakan?

Pemohon telah berdaftar di bawah LPHS/PHSSB

Pemohon yang memohon untuk Skim Danasel

Segala permohonan akan ditapis oleh PHSSB

Jika pemohon berjaya lulus proses penapisan, pemohon perlu hadir sesi temuduga bersama LPHS, PWN dan PHSSB

Pemohon yang berjaya perlu hadir sesi taklimat dan membuat bayaran awal kemasukan

Sewaktu proses kemasukan, pemohon hendaklah buat bayaran deposit 10% daripada harga rumah

Pemohon juga akan dapat proses penyerahan unit pemilikan kosong, penyerahan kunci, tandatangan perjanjian penyewaan, proses pertukaran nama bekalan air dan elektrik dan membuat lawatan periksa unit

Bagaimana Cara Mohon?

B40 berpeluang miliki rumah sendiri, ini skim dana bantuan yang boleh dimohon

Jika anda telah mendaftar sila semak status permohonan anda dahulu.

Jika belum mendaftar, sila ke kaunter LHPS untuk mengabil borang atau hubungi:

Pejabat Pengarah Eksekutif: 603 – 5544 7000
Bahagian Perumahan: 03-5510 3924
Bahagian Pembangunan: 03-5544 7906
Bahagian Khidmat Pengurusan: 03-5544 716
Maklumat Lanjut
Tel : 03-5510 3487
BACA:

Yazmin Aziz kesal media tempatan lebih minat pasal bikini bukan kejayaannya buat persembahan

Lelaki Arab Saudi nekad lamar bila dia mengetahui Amber Heard kena buli dan dibenci

Suami Jasmin Hamid bengang netizen kaitkan kahwin muda punca isterinya kena serangan jantung