Bahana Ikut Trend, Lelaki Terseksa Mentol Tersekat Dalam Mulut Hampir 2 Jam

Lelaki Tersiksa, Mentol Lampu Tersekat Dalam Mulut Lebih Dua Jam. Seorang lelaki di China terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan di sebuah hospital di Zhejiang selepas gagal mengeluarkan mentol lampu LED yang dimasukkan sendiri ke dalam mulutnya.

Ketika kejadian, Chen sambil menutup mulutnya dengan baju T mengunjungi sebuah balai bomba di bandar Yuyao untuk mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan mentol tersekat itu.

Bagaimanapun, pasukan bomba mengakui sukar untuk mengeluarkan mentol itu selepas memeriksa keadaan Chen.

Justeru, anggota bomba memutuskan untuk menghantar Chen ke hospital berdekatan kerana bimbang mentol itu akan pecah di dalam mulutnya.

Lelaki Tersiksa, Mentol Lampu Tersekat Dalam Mulut Lebih Dua Jam

Setelah tiba di Hospital Yuyao People, sekumpulan doktor berjaya mengeluarkan mentol tersekat dalam mulut Chen dengan menggunakan peralatan khas bagi membuka rahang.

Lelaki Tersiksa, Mentol Lampu Tersekat Dalam Mulut Lebih Dua Jam

Sementara itu, Chen memaklumkan mentol lampu itu tersekat dalam mulutnya selama hampir dua jam.

Lelaki Tersiksa, Mentol Lampu Tersekat Dalam Mulut Lebih Dua Jam

“Saya cuba mengeluarkannya sendiri namun tidak dapat membuka mulut cukup luas bagi membolehkan mentol kaca itu dikeluarkan secara selamat tanpa mencederakan gigi atau bahagian dalam yang lain.

“Sepanjang tempoh itu, saya turut menghadapi masalah menelan dan bercakap, jadi saya memutuskan untuk mendapatkan bantuan profesional,” katanya selepas rawatan itu.

Baca Selanjutnya :