Bahana Video Lucah, Pelajar Sekolah Di Terajang Kawan Hingga Lumpuh

Seorang pelajar sekolah tidak dapat menggerakkan anggota badan selepas dipercayai ditendang oleh rakannya di belakang kepala sewaktu di asrama.

Memetik laporan dari Sinar Harian merujuk kepada perkongsian seorang ibu di Facebook, dia telah mendapat perkhabaran bahawa anaknya ditendang dipercayai kerana menegur tindakan rakannya yang menyebarkan video lucah di kumpulan WhatsApp sekolah.

“Mimpi buruk bagi seorang ibu apabila menerima berita yang paling ditakutkan.

“Bermula dengan panggilan daripada warden asrama menyatakan anak jadi paralyzed tak dapat menggerakkan badan kerana ada budak telah menendang kepalanya.

“Bilamana dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans, hanya Allah saja yang tahu isi hati seorang ibu,” tulis ibunya.

Ujar wanita itu lagi, anaknya yang merupakan seorang ketua kelas hanya menegur tindakan rakannya namun dibalas dengan tendangan secara curi di bahagian belakang kepala sehingga menyebabkan kelumpuhan.

“Hanya bermula apabila fikry sebagai ketua kelas menegur kawan sekelasnya yang menyebarkan video lucah ke dalam group Whatsapp sekolah, lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala (tendang secara curi)

Baca : Walau Pernah Didenda RM120,000, Fans JDT Masih Buat Hal Lagi. Ini Amaran FAM

“Mujur Allah pelihara Fikry, doktor kata kalau tendangan tu kena bahagian bawah sikit, maka gelaplah dunia mama. Syukur Allah pelihara,” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, ibu pelajar berkenaan lega dan bersyukur kerana doktor memaklumkan yang tendangan tersebut tidak mengenai bahagian sensitif yang boleh mengakibatkan kecederaan lebih parah.

Setakat ini, dia memaklumkan perkembangan anaknya berjalan dengan baik apabila sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki.

Namun, ujian Pengimejan resonans magnetik (MRI) akan dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman.

Dia juga mengatakan laporan polis telah pun dibuat dan berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan anaknya daripada sebarang kemudaratan.

Baca Selanjutnya :

PANAS!!! : Bekas Pegawai Khas Menteri Ditahan SPRM Minta Rasuah Taraf Kerakyatan Malaysia

Terpalit Rasuah, Menteri Pengangkutan Diarahkan Bercuti Oleh Perdana Menteri?

PILU!!! : Cikgu Tadika Di Melaka Tikam Anak OKU Sebelum Bunuh Diri Undang Kisah Sedih Dialaminya