Bakal isteri kantoi check-in hotel dengan kawan sendiri, lelaki nekad buat hal ni. Setiap pasangan yang bercinta sudah pasti mengimpikan perhubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Namun, ada juga pasangan yang ‘terkandas’ dan terpaksa melupakan hasrat berkenaan berikutan beberapa faktor.
Apa yang lebih menyakitkan apabila mendapat tahu pasangan yang kita sayang dan percaya check-in dengan orang lain.
Bakal isteri kantoi ‘check-in’ dengan sahabat sendiri
Seperti video yang dikongsikan seorang pemuda di Indonesia dikenali sebagai Mabrur Algazalilubis di TikTok, lelaki berkenaan tidak dapat menahan air mata apabila mendapat tahu bakal isterinya curang dengannya sebulan sebelum hari bahagia mereka.
Ya Allah sakitnya tak seberapa tapi malu sangat sebab semua persiapan dah siap tapi kenapa jadi macam ni.
Alangkah remuknya hati pemuda ini apabila melihat pasangannya ‘kantoi’ menuju ke sebuah hotel bersama sahabatnya sendiri. Meskipun segala bukti sudah ada bagi membuktikan bahawa bakal isterinya curang, namun dirinya masih keliru sama ada hubungan mereka perlu diteruskan atau tidak.
Semua bukti dah kumpul tapi aku masih sayang dia dan dalam masa yang sama aku benci. Aku masih tak boleh nak bezakan antara benci dan cinta.
Hal ini kerana dia masih menyayangi wanita terbabit walaupun terpaksa ‘menelan’ segala perit yang dilihat depan matanya sendiri. Dalam pada itu, pemuda terbabit meminta pendapat daripada pengikutnya sama ada dia perlu mengundur diri atau meneruskan hubungan mereka.
Semua bukti ni akan aku jadikan memori yang sangat menyakitkan. Awal-awal aku tak boleh masuk sebab receptionist tak bagi sebab berkaitan dengan privasi dan keselesaan pelanggan.
Tapi lepas aku tunjukkan semua bukti yang lengkap, aku dapat kad akses pintunya dan masa tu staf hotel teman aku untuk buka pintu biliknya. Aku terkejut nampak mereka tengah… sakit sangat ya Allah.
@mhd_mabrurya Allah sakit banget 😭😭 rasnya 😭😭 kalo menurut kalian udahin atau lanjut ?♬ suara asli – rafaaldiansyah
BACA:
Biasiswa Petronas untuk calon SPM 2021, ini cara mohon dan semak kelayakan
4 bahan ni wajib ada dalam pewarna rambut, ramai yang tak ambil kisah
Shuk Sahar kena ‘balik’ Penang, rumah banglo sudah dibeli orang