BANGGA! Malaysia Diiktiraf Antarabangsa Sebagai Tempat Persaraan Terbaik Di Asia

Malaysia dianggap sebagai tempat persaraan terbaik di Asia setelah disenaraikan di tempat pertama dalam 10 tempat paling selamat untuk bersara di rantau itu dengan perbelanjaan kurang daripada US$2,000 sebulan, menurut syarikat perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di AS, Nasdaq.

Menurut Nasdaq, dalam artikel di bahagian GoBankingRates baru-baru ini, untuk menyenaraikan negara-negara itu, pihaknya memperoleh data daripada Kumpulan Rantau Asia Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) WorldPopulationReview.

Nasdaq turut memperoleh angka kos sara hidup daripada Numbeo, dan Indeks Keamanan Global daripada Laporan Indeks Keamanan Global Institut Ekonomi dan Keamanan 2022.

Nasdaq juga menetapkan bahawa negara-negara itu perlu mempunyai indeks keamanan global di bawah 2.0 untuk melayakkannya disenaraikan.

Mendahului senarai ialah Malaysia dengan indeks keamanan global 1.471 dan purata kos sara hidup bulanan US $1,066.

“Malaysia di tempat pertama dengan indeks kos sara hidup 22.9, dan KDNK US$481.9 trilion. Dengan purata perbelanjaan bulanan lebih US$1,000, ia adalah tempat yang sangat baik untuk dipertimbangkan oleh pesara,” menurutnya.

Kuwait di tempat kedua dengan indeks keamanan global 1.739 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak US$1,741.

Menurut Nasdaq, indeks kos sara hidup Kuwait tidak serendah beberapa negara lain dalam senarai itu, iaitu 37.4, tetapi kos sara hidup keseluruhan digabungkan dengan skor indeks keamanan global menjadikannya tempat yang baik untuk bersara.

Baca : PANAS! Ryzal Kerah Tenaga Isteri Demi Populariti? – Ini Pendedahan Mariam

Menyusul ditempat ketiga ialah Mongolia dengan indeks keamanan global 1.775 dan purata kos sara hidup bulanan US$940, dan menurut Nasdaq, indeks kos sara hidup Mongolia terikat pada yang terendah dalam senarai dengan Indonesia, iaitu 20.2, namun KDNKnya adalah terendah dalam senarai itu, pada US$21 trilion.

Vietnam di kedudukan keempat dengan indeks keamanan global pada 1.786 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak US$1,117, diikuti Indonesia dengan indeks keamanan global sebanyak 1.800 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak US$940 serta Jordan dengan indeks keamanan global sebanyak 1.849 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak US$1,331.

Baca : REDHA ! ‘Gengster KL’ Pun Boleh Kalah Kalau Dengan Anak, Aaron Aziz Pasrah Di Solek Buah Hatinya

Kemboja disenaraikan di tempat ketujuh dengan indeks keamanan global 1.882 dan purata kos sara hidup bulanan US$1,387, diikuti Oman dengan indeks keamanan global 1.889 dan purata kos sara hidup bulanan US$1,513.

Disenaraikan di tempat kesembilan ialah Cyprus dengan indeks keamanan global 1.903 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak US$1,964, dan terakhir dalam senarai itu ialah Nepal dengan indeks keamanan global 1.947 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak US$684.

Baca Selanjutnya :

GELI HATI : Bila Kaum Hawa Isi Minyak, Macam-Macam Boleh Berlaku Jadi Bahan Ketawa Warganet

Guna Wheelchair Tapi Nafsu Kuda – Atuk Umur 77 Tahun Bakal Disebat 10 Kali Gara-Gara Rogol Remaja Dalam Kereta

Demi Sara Keluarga Di Rumah, Pemandu ‘GRAB’ Nekad Angkut Tangki Oksigen Cari Penumpang Undang Sebak Netizen