Banglo Sajat bakal dilelong dengan harga RM9.5 juta. Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mahu melelong banglo mewah miliknya yang terletak Kota Damansara di sini pada harga RM9.5 juta.
Menerusi hantaran dimuat naik Sajat di laman Instagram miliknya tadi, usahawan itu berkongsi mengenai maklumat lelongan banglo tersebut dengan mengalukan individu berminat untuk menyertai proses berkenaan.
Berdasarkan maklumat dikongsikan Sajat, jualan banglo bernilai RM9.5 juta itu boleh dikurangkan harganya berdasarkan budi bicara pihak mereka.
Selain itu, pembeli juga akan ditawarkan pendaftaran percuma selain syarat dan terma boleh dirunding bagi memastikan aset tersebut dijual.
Bagaimanapun, tarikh lelongan itu belum diputuskan.
Pada 2017, Sajat membeli banglo asalnya milik usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin dengan harga RM7.5juta
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan harta Sajat disita bagi menuntut pampasan sebanyak RM200,000 yang gagal dibayar kepada bekas stokis utamanya iaitu OWA Resources.
Susulan itu, dua siri lelongan telah diadakan sebelum ini dimana seorang lelaki disifatkan mendapat durian runtuh apabila memenangi sesi bidaan harta Sajat dengan nilai serendah RM42,000 sahaja.
Pada sesi lelongan pertama, harta usahawan itu menutup bidaan pada harga RM132,000, namun gagal menerima pembayaran selepas pemenangnya menghilangkan diri. -K! ONLINE
Baca:
Kelantan pernah jadi pusat pelacuran hingga digelar ‘Paris Of Malaya’ 1950an
Zuraida cakap ‘Orang Utan’ yang bunuh manusia di Malaysia
Senarai laluan tol yang boleh guna sistem PayDirect Touch ‘n Go