Bangunkan program nuklear, Arab Saudi guna sumber uraniumnya sendiri

Bangunkan program nuklear, Arab Saudi guna sumber uraniumnya sendiri. Arab Saudi merancang menggunakan sumber uraniumnya sendiri untuk membangunkan program nuklear awam kerajaan itu, kata menteri tenaganya pada Rabu.

Pengeksport minyak terbesar dunia itu cuba mengurangkan kebergantungannya kepada minyak mentah dan mengumumkan pada 2018, rancangan untuk membina 16 reaktor nuklear selama dua dekad.

Projek itu dikatakan menelan belanja sebanyak AS$80 bilion (kira-kira RM349.6 bilion).

“Aktiviti penerokaan, baru-baru ini, mendedahkan kehadiran pelbagai sumber uranium di pelbagai lokasi.

“Kerajaan berhasrat untuk menggunakan sumber uranium negaranya, termasuk untuk projek bersama dengan rakan kongsinya.

“Ia akan dilakukan selaras dengan kewajipan antarabangsa dan peraturan ketelusan, meliputi keseluruhan kitaran pengeluaran,” kata Menteri Tenaga, Putera Abdulaziz Salman, pada persidangan mineral, menurut stesen televisyen yang dikendalikan kerajaan, Al-Ekhbariya.

Pada Mac 2018, Riyadh meluluskan dasar tenaga atom negaranya yang mengehadkan aktiviti nuklear kepada tujuan damai dan menyeru langkah keselamatan dipertingkat, serta penggunaan amalan terbaik untuk pengurusan sisa radioaktif, lapor media kerajaan pada masa itu.

Sementara itu, Argentina sedang membina projek pertama iaitu reaktor penyelidikan berkuasa rendah yang biasanya digunakan untuk melatih juruteknik.

Pada 2021, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan bahawa loji kuasa nuklear Barakahnya sudah memulakan operasi komersial sebagai yang pertama dalam kalangan negara-negara Arab.

BACA JUGA:

Mechamato Movie FULL HOUSE!! Dah jadi saingan sengit Filem Avatar pulak

Yasin Terkilan Jabatan Peguam Negara tolak Representasi pertama, berkait kes dadah

Jangan cemar imej Wanita Muslim dan agama Islam