BANTU! : 42,946 Pelajar Terima Bantuan Sambung Pengajian Diploma Di IPTA. Taniah!

Seramai 42,946 pelajar yang telah berjaya melanjutkan pengajian peringkat Diploma di IPTA bagi kemasukan sesi Julai 2023 layak menerima wang pendahuluan pinjaman (WPP) Perbadanan Tabung Tinggi Nasional (PTPN).

Terima RM1,500 tampung perbelanjaan kemasukan IPTA

PTPTN dalam kenyataan berkata, pemberian wang pendahuluan pinjaman berjumlah RM1,500 kepada setiap pelajar dapat menampung sebahagian daripada perbelanjaan bagi persiapan awal memasuki Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Ini bermakna PTPTN telah menyediakan peruntukan berjumlah RM64.42 juta kepada seramai 42,946 pelajar yang telah berjaya melanjutkan pelajaran dengan memastikan tiada daripada mereka tercicir ke IPTA kerana masalah kewangan.

“PTPTN sentiasa berusaha untuk membantu serta menjaga kebajikan pelajar yang akan memasuki IPTA dengan menyediakan WPP.
“Semenjak diperkenalkan pada tahun 1999 hingga 31 Mei 2023, seramai 969,046 pelajar telah menerima manfaat ini dengan peruntukan berjumlah RM1.43 bilion,”katanya.

Sekadar pengetahuan, WPP ini diberikan kepada para pelajar warganegara Malaysia yang telah memberikan persetujuan menerima menerusi permohonan UPUOnline atau portal kemasukan IPTA.

Selain itu, ibu bapa atau penjaga pelajar juga merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak PTPTN.

Buat semakan WPP mulai 18 Julai 2023

PTPTN berkata, para pelajar kemasukan sesi Julai 2023 boleh membuat semakan tawaran WPP melalui portal rasmi mereka dan boleh ditunaikan menerusi kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di seluruh negara mulai 18 Julai ini.

“Pelajar perlu membawa surat tawaran WPP serta MyKad pelajar dan wakil tidak dibenarkan. Tempoh sah laku WPP adalah selama dua bulan bermula 18 Julai hingga 18 September 2023,” ujarnya.

Baca : WOW! Macam Mana ‘Duit Haram’ Boleh Dibersihkan? Ramai Yang Guna Kaedah Macam Ini Dan SPRM Bagi Jawapan

Sementara itu, tambahnya, pelajar boleh membuat permohonan pinjaman PTPTN secara dalam talian mengikut tarikh permohonan yang ditetapkan bagi setiap IPTA.

“Pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN perlu mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Bagi para pelajar yang belum mengetahui, anda boleh membuat permohonan pinjaman PTPTN secara dalam talian melalui portal rasmi mengikut tarikh permohonan yang ditetapkan bagi setiap IPTA.

Ini adalah untuk memastikan pinjaman dapat diproses dan diluluskan sewajarnya, selain mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Untuk maklumat lanjut berkenaan WPP dan pinjaman PTPTN, para pelajar atau sesiapa sahaja berkenaan boleh melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my atau muat turun aplikasi myPTPTN di telefon pintar dengan cepat, mudah dan selamat.

Para pelajar juga boleh merujuk kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT masing-masing atau terus menghubungi PTPTN sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Baca Selanjutnya :

AIK! Beberapa Bulan Diceraikan, Bekas Isteri Virgoun, Inara Rusli Muat Naik Gambar ‘Panas’ Di Instagram Undang Reaksi Terkejut Netizen

JELITA! : Menawan Sungguh Penampilan Terkini Permaisuri Selangor Selepas Tunaikan Haji.

‘Selfie’ Gambar Berbikini-Netizen ‘Sekolahkan’ Nur Sajat