Memasuki tahun baru 2024, perkara pertama yang dicari tentunya adalah kalendar untuk merancang itinerari sepanjang tahun.
Senarai cuti umum menjadi perhatian utama untuk menyusun kelapangan masa bagi tujuan melancong atau menguruskan hal peribadi.
Bergantung kepada negara dan negeri masing-masing, seseorang mungkin mempunyai cuti umum yang berbeza daripada yang lain.
Melalui video yang tular di TikTok, seorang lelaki mat salih, dikenali sebagai Mark Odea, berkongsi fakta menarik mengenai cuti umum di Malaysia yang mengejutkan ramai.
Mark, yang memiliki sejuta pengikut di platform tersebut, menunjukkan sebuah buku catatan (planner) yang berisi senarai cuti umum negara-negara di seluruh dunia. “Okay, jom kita tengok satu-persatu.
Kita ada Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Singapura, Filipina, Hong Kong, Amerika Syarikat. Dan akhir sekali, kita ada Malaysia! Tengok betapa panjangnya senarai cuti umum mereka, sepanjang-panjang perjalanan merantau ke hujung galaksi.
“Jadi kita ada pemenangnya di sini, negara dengan cuti yang terbanyak adalah Malaysia!” kata Mark yang turut popular dalam kalangan netizen Malaysia.
Mengenai hal ini, rata-rata warga maya, terutamanya dari Malaysia, kagum kerana tanah air tercinta mempunyai pencapaian yang sebegitu unik. Walaupun banyak cuti umum, Malaysia dikenali sebagai negara dengan waktu bekerja yang paling lama di seluruh dunia.
“Mak saya pernah tanya kenapa tak nak pergi bekerja di Singapura dengan gaji yang lebih lumayan, inilah antara sebabnya. Cuti umum banyak baru best! Itu belum masuk ‘cuti peristiwa’ macam menang perlawanan bola sepak, kerajaan umum cuti ekstra untuk perayaan atau cuti pilihan raya.
“Antara kelebihan negara berbilang kaum dan etnik, banyak sambutan yang kita raikan, makanya cuti umum pun banyak.
“Kawan dari United Kingdom pernah gelakkan saya sebab katanya cuti tahunan Malaysia sikit yang amat, memang betul. Tapi kemudian saya tanya balik berapa banyak cuti umum dekat sana, katanya hanya lapan, kesian,” kata seorang warga maya.
Warga maya yang lain pula menjelaskan cuti umum Malaysia dalam buku catatan tersebut kelihatan panjang kerana adanya sedikit kesilapan. “Buku tu gabungkan semua cuti umum di peringkat kebangsaan dan juga negeri, itu yang nampak panjang.
Cuti umum negeri tak bermaksud seluruh rakyat Malaysia cuti, hanya mereka yang duduk di negeri itu sahaja.
“Sebab tu tema industri pelancongan kita Cuti-Cuti Malaysia. Tapi saya pernah baca, walaupun kita banyak cuti umum, kita antara negara dengan waktu bekerja yang paling lama di seluruh dunia, seimbang,” jelas seorang warga maya.
Baca Juga : Memang terliur tengok, ini tips buat Gulai Lemak Kuning Telur itik