Barang banyak serabut, ini tips hias rumah nampak kemas

Menjaga rumah agar kemas dan teratur adalah kunci untuk memberikan ketenangan dan keselesaan kepada penghuninya.

Walaubagaimanapun, terkadang kita mungkin bertanya-tanya tentang cara terbaik untuk menyusun atur rumah tanpa menimbulkan tekanan pada diri sendiri.

Sri Hartini, seorang pengguna TikTok, berkongsi beberapa tip mudah untuk mencapai kekemasan rumah yang diinginkan. Mari kita lihat!

Barang banyak serabut, ini tips hias rumah nampak kemas

1) Pastikan Kaunter Kosong

Menurut Sri Hartini, kunci utama untuk rumah yang menyenangkan mata adalah dengan mengosongkan bahagian atas meja, almari, dan rak daripada barang-barang yang tidak penting.

Prinsip ‘kurang lebih’ perlu diamalkan, dan elakkan membiarkan barang-barang seperti kunci kereta, surat, atau kotak bungkusan bersepah di atas meja.

Sebaliknya, letakkan barang-barang ini di tempat yang tersembunyi tetapi masih mudah diakses apabila diperlukan.

Dengan kekosongan bahagian atas meja, ia akan membantu menenangkan minda berbanding dengan rumah yang berserabut.

2) ‘Korbankan’ Barang

Salah satu penyebab utama rumah menjadi berantakan adalah kecenderungan untuk menyimpan barang lama yang mungkin tidak lagi diperlukan.

Sri Hartini menasihati untuk ‘membebaskan’ diri daripada barang-barang yang tidak lagi berguna dalam kehidupan harian.

Berpegang pada kenangan lama hanya akan menyebabkan kekacauan.

Selain itu, barang-barang yang tidak digunakan juga akan mengumpulkan habuk dan kotoran jika dibiarkan dalam tempoh yang lama.

3) Elakkan Menyimpan Barang di Bawah Sofa atau Katil

Walaupun ramai yang menganggap menyimpan barang di bawah katil adalah cara yang baik untuk memaksimumkan ruang, sebenarnya ia membawa lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

Barang-barang yang disimpan di bawah katil cenderung menjadi sarang debu dan kotoran.

Selain itu, ia juga boleh menjadi tempat persembunyian bagi serangga dan haiwan perosak seperti lipas dan cicak.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk mengelakkan amalan ini untuk menjaga kebersihan dan kesihatan rumah.

Baca Juga : Siapa suruh block kereta orang, pemandu langgar kereta blocking bertalu-talu