Barang kemas kembali bersinar seperti baru, guna bahan ini saja

Barang kemas kembali bersinar seperti baru, guna bahan ini saja. Barang kemas yang sentiasa dipakai sudah tentu kelihatan pudar. Anda tidak perlu ke kedai untuk mencucinya hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dirumah sahaja barang kemas pasti bersinar macam baru.

Ini biasa terjadi kepada sesetengah kaum wanita yang lebih selesa pakai mana yang ada. Kalu mak-mak yang sering tukar barang kemas tu, tiada masalah.

Tapi mak-mak yang hanya suka barang tu sahaja, memang 24 jam akan melekat di tangan, leher atau di jari tangan, cuba perhatikan barang kemas tu. Nampak berkilat ke tidak?

Masa beli barang kemas, bukan main berkilat lagi. Tapi kalu dibiarkan lama, sudah pasti daki pun hinggap terutamanya di celah-celah bentuk barang kemas tu. Setengah mereka fikir, bila mandi, barang kemas yang pakai itu dah bersihlah. Sebenarnya, cara mak-mak buat tu salah. Nak cuci barang kemas kena ada caranya.

Sesetengah mak, selesa menghantar barang kemas untuk dicuci di kedai. Tapi mak-mak boleh jimatkan masa dengan petua ini untuk bersihkan barang kemas di rumah.

Barang kemas kembali bersinar seperti baru, guna bahan ini saja

Asam Jawa

Campurkan air asam jawa dengan jus limau nipis. Kemudian, masukkan barang kemas dan rendam semalaman. Bilas dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.

Teh Cina

Ambil teh cina dan rendam semalaman. Keesokkan hari masukkan barang kemas dan sendam semalaman. Bilas dengan air bersih.

Ubat Gigi

Ambil air suam dan rendam selama sejam.Gunakan berus dan ubat gigi untuk membersihnya. Bilas dengan air bersih dan rendamd engan air selama satu jam lagi. Keringkan.

Barang kemas kembali bersinar seperti baru, guna bahan ini saja

Asam Gelugur

Rendamkan barang kemas dengan air suam dan beberapa keping asam gelugur. Biarkan selama empat jam dan bilas dengan air bersih. Lepas itu, letakkan di atas kain kering.

Air Panas

Cara ini sesuai untuk membersihkan barangan kemas yang tidak mempunyai batu. Letakkan barang kemas dalam bekas yang sesuai kemudian tuang air panas ke dalamnya. Biarkan sehingga air sejuk. Keluarkan dan bilas.

Cecair pencuci pinggan

Tuang beberapa titis cecair pencuci pinggan dalam mangkuk berisi air suam. Kacau dan rendam dalam 15 minit. Selepas bersihkan dengan berus kecil sebelum dibilas dan dikeringkan.

Bukan susah pun nak bersih barang kemas. Guna saja bahan-bahan yang ada kat dapur. Lepas nie, tidak payahlah nak cuci barang kemas kat kedai lagi.

BACA:

Hanya guna bahan ini kuali berkerak hitam Kembali bersinar

Panduan rebus telur agar mudah dikupas

Teknik buat Pes Ikan Bakar viral, senang sangat rupanya