Pakatan Harapan sedia untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional dengan mengemukakan cadangan dan penyelesaian untuk membantu kerajaan menyelesaikan kemelut politik dan krisis kesihatan yang melanda negara ketika ini, kata Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan merangkap Setiausaha Agung DAP.
Pakatan Harapan juga bersedia menerima pelawaan dari Perikatan Nasional bagi menyertai Majlis Tindakan Ekonomi Negara.
“Saya ingin menyatakan pendirian Pakatan Harapan ketika ini, jika benar kerajaan PN ikhlas untuk bekerjasama dan berbincang tentang kepentingan negara mengatasi kepentingan politik peribadi, dalam usaha membetulkan halatuju negara yang sedang bergelut dengan masalah politik dan kesihatan akibat pandemik Covid 19 ini, kami dari PH sedia mempertimbangkan untuk menerima pelawaan PN bagi menjadi ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara”, kata Lim Guan Eng dalam sidang Parlimen hari ini.
Kami dari PH sanggup bekerjasama berkongsi idea dan cara demi masa depan rakyat dan negara dalam masa yang sukar seperti ini. Oleh itu kita dapat bersama menyelesaikan kemelut perebutan kuasa politik dan krisis kesihatan yang melanda negara ketika ini, tambah beliau lagi.
Tapi sudah pasti, kerajaan PN harus mempertimbangkan enam tuntutan utama yang dikemuka oleh PH dalam Belanjawan 2021 yang antaranya merangkumi sektor pemulihan ekonomi, kesihatan, pendidikan dan landskap politik negara.
Walau bagaimanapun, pendirian PH tentang peruntukan Belanjawan 2021 yang tidak munasabah seperti RM 85.5 juta kepada JASA itu kekal sama iaitu mesti dirombak dan ditolak, dan dalam hal ini PH senada dengan semua MP lain untuk tidak menerima perkara tersebut.
Berita penuh : https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/11/10/guan-eng-pakatan-ready-to-work-with-perikatan-govt-to-tackle-political-and/1921177