Baru nak buka puasa dah bunyi siren kecemasan, respect abang bomba!

Waktu berbuka puasa adalah waktu yang paling terbaik untuk kita luang bersama keluarga dan orang tersayang. Waktu ini juga lah kita dapat bersama-sama muhasabah diri selepas seharian melalui hari tanpa makan dan minum.

Pun begitu, ada juga golongan yang terpaksa mengorbankan detik-detik itu atas tanggungjawab kepada masyarakat.

Baru-baru ni, tular di media sosial anggota bomba terpaksa bergegas untuk menjalankan tugas biarpun Azan Maghrib baru sahaja berkumandang. Korang boleh tengok video @localrkyt dibawah.

Baru nak buka puasa dah bunyi siren kecemasan, respect abang bomba!

Respek abang bomba

Itulah adat dan budaya kerja golongan yang beruniform, kena setiasa bersedia tanpa mengira apa juga keadaan. Harap abang-abang bomba yang terpaksa bertugas ketika nak buka puasa tu diberikan ganjaran setimpal atas pengorbanan mereka.

Kalau tengok macam mana bomba bersedia untuk kecemasan tu memang epic lah. Kejap je dorang siap, tau-tau dah ada dalam trak untuk ke lokasi. Memang sangat mengutamakan panggilan kecemasan untuk selamatkan nyawa.

Amiinn… di bulan yang mulia ini kita doakanlah jasa dan pengorbanan mereka yang tak henti-henti memberikan terbaik untuk menjamin keselamatan kita. Terutamanya abang-abang bomba dalam video ni kan.

Bukan sebab semata-mata kita kesian dekat abang bomba tak sempat berbuka tu, kita lebih marah kalau ada orang lain yang memang perlukan bantuan kecemasan tapi tak dapat sebab bomba semua dah ke lokasi fake call tu. Untuk korang, janganlah buat fake call, kesian kat orang lain dan abang-abang bomba kita ni.Waktu berbuka puasa adalah waktu yang paling terbaik untuk kita luang bersama keluarga dan orang tersayang. Waktu ini juga lah kita dapat bersama-sama muhasabah diri selepas seharian melalui hari tanpa makan dan minum.

Pun begitu, ada juga golongan yang terpaksa mengorbankan detik-detik itu atas tanggungjawab kepada masyarakat.

Baru-baru ni, tular di media sosial anggota bomba terpaksa bergegas untuk menjalankan tugas biarpun Azan Maghrib baru sahaja berkumandang. Korang boleh tengok video @localrkyt dibawah.

Respek abang bomba

Itulah adat dan budaya kerja golongan yang beruniform, kena setiasa bersedia tanpa mengira apa juga keadaan. Harap abang-abang bomba yang terpaksa bertugas ketika nak buka puasa tu diberikan ganjaran setimpal atas pengorbanan mereka.

Kalau tengok macam mana bomba bersedia untuk kecemasan tu memang epic lah. Kejap je dorang siap, tau-tau dah ada dalam trak untuk ke lokasi. Memang sangat mengutamakan panggilan kecemasan untuk selamatkan nyawa.

Amiinn… di bulan yang mulia ini kita doakanlah jasa dan pengorbanan mereka yang tak henti-henti memberikan terbaik untuk menjamin keselamatan kita. Terutamanya abang-abang bomba dalam video ni kan.

Ini yang tak best ni. Bukan sebab semata-mata kita kesian dekat abang bomba tak sempat berbuka tu, kita lebih marah kalau ada orang lain yang memang perlukan bantuan kecemasan tapi tak dapat sebab bomba semua dah ke lokasi fake call tu. Untuk korang, janganlah buat fake call, kesian kat orang lain dan abang-abang bomba kita ni.

Baca juga: Ada cuti raya tambahan untuk penjawat awam – PMX