Baru tahu kena pam tayar ikut jumlah hari, ini faktanya

Kereta merupakan salah satu kenderaan yang boleh membawa anda bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain serta merupakan satu kepentingan pada masa kini.

Bercakap mengenai pergerakan kereta, kenderaan beroda empat ini dilengkapi dengan pelbagai komponen seperti brek, tayar, suspension untuk memastikan ia bergerak dalam prestasi terbaik.

Walau bagaimanapun, ia perlu sentiasa dijaga dan diselia setiap masa agar tidak berlaku kerosakan atau angin tayar kurang atau tayar pancit.

Perkara ini tentunya menyebabkan kenderaan yang dipandu kurang selesa atau lebih teruk kereta rosak dan secara tidak langsung boleh menjejaskan hari anda lebih-lebih lagi jika ada kecemasan yang memerlukan penggunaan kereta.

Oleh itu, perkara paling asas untuk menjaga tayar kereta adalah bermula dengan memeriksa tekanan angin tayar.

Sebagai pemilik kenderaan, anda perlu mengambil berat mengenai perkara asas ini, tetapi masih ramai yang kurang arif, lebih-lebih lagi, timbul persoalan mengenai berapa kali perlu mengisi angin tayar kenderaan ini?

Sehubungan itu, mari ikuti perkongsian menarik pengguna TikTok @atlimatsaujana di bawah.

Berapa kali tayar kereta kena pam angin?

Menurut lelaki di dalam klip yang dikongsikan, tayar kereta yang kerap kali bergerak di atas jalan raya boleh menyebabkan keadaan tayar itu boleh berubah mengikut cara penggunaan.

Difahamkan, terdapat tiga syarat waktu yang sesuai untuk mengisi angin tayar kereta.

Pertama, sekiranya singgah ke stesen minyak, anda boleh ambil peluang untuk periksa berapa tekanan angin dalam tayar.

“Alang-alang dah isi minyak, bolehlah tengok tayar, sama ada angin dalam tayar kurang atau tak. Kalau kurang bolehlah pam,”ujarnya.

Kedua, isi angin apabila suhu tayar naik kepada 10 darjah Celsius. Katanya, kaedah ini sesuai digunakan oleh kepada mereka yang mempunyai Tyre Pressure Monitoring System(TPMS).

@altimatsaujana Berapa kali sebenarnya kena pam tayar kereta ? #bengkelkereta #bengkel #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #automotive #automotif #bengkelsaujanautama #bengkelsaujana #altimatautogarage #petronasautoexpert #serviskereta #serviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretabaubusuk #automotifmalaysia #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkereta #automotivemalaysia ♬ original sound – Altimat Saujana Utama

Langkah ini dapat membantu menilai suhu dan tekanan tayar.

Ketiga, pemilik kenderaan boleh menggunakan cara ini iaitu mengisi angin tayar satu kali sebulan. Ia bagi memastikan tayar kereta sentiasa mempunyai tekanan angin yang stabil.

Untuk keterangan lanjut, sila tonton video di bawah.

Sumber: TikTok @altimatsaujana

BACA JUGA: Kenapa Shah Alam juga yang dipilih jadi ibu negeri? Bukan saja-saja rupanya