Kecoh baru-baru ini gara-gara tersebarnya gambar suami seorang pelakon bernikah dan perkara itu menjadi perbualan hangat serta spekulasi berkenaan rumah tangga pelakon berkenaan.
Pengacara Amin Idris meletakkan noktah kepada spekulasi status rumah tangga Irma Hasmie apabila mengesahkan pelakon itu sudah bercerai sejak enam bulan lalu.
Amin yang juga penceramah motivasi memuat naik semula hantaran yang dikongsikan oleh rakan baik Irma iaitu Reen Emran di Instagram Story.
“Assalamualaikum… untuk menjawab kepada persoalan apakah status mereka (Irma dan Redza) sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.
“Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri). Untuk pengetahuan, mereka sudah sah bercerai enam bulan lepas.
“Dengan persoalan yang dah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya,” tulis individu dipercayai sahabat baik kepada Irma.
Kenyataan itu juga menyebut, Irma dalam keadaan baik bersama anak-anaknya, selain bersyukur kehidupan sahabatnya itu kini lebih indah dan bakal mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.
“Alhamdulillah dia dan anak-anak okay dan sihat saja. Alhamdulillah Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah.
“Insya-Allah dia akan mengerjakan ibadah haji tak lama lagi. Mohon semua doakan yang baik baik buat sahabat saya. Terima kasih semua,” tulisnya.
Terdahulu, hantaran suami Irma iaitu Redza Syah Azmeer mencetuskan tanda tanya apabila menulis keterangan berkaitan perjalanan baharunya sebagai suami dengan wanita bernama Nur Hafiza Mohd Salim.
Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.
Irma bagaimanapun dilaporkan, enggan bercerita lebih mengenai berita itu sebaliknya memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan rasmi daripada Irma berhubung berita perceraian itu tidak berjaya.
Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Baca juga : Tak guna bertudung tapi perangai jahat