Kehadiran Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama anaknya, Aafiyah, di pasar malam baru-baru ini telah menarik perhatian netizen dan menjadi viral di media sosial.
Banyak yang memuji penyanyi terkenal negara itu kerana tidak kekok berada di pasar malam dan membeli barangan mainan untuk anaknya di gerai biasa.
Ketika itu, Siti berjalan-jalan di pasar malam di Kuala Lipis, Pahang. Terdapat pengunjung yang mengerumuninya, tetapi situasinya masih terkawal.
Gelagat penyanyi dan anaknya itu sempat dirakam oleh seorang peminat yang dikenali sebagai Faizah Faizal. Video tersebut dimuat naik di TikTok dan turut dikongsi di platform media sosial lain.
Menurut pemilik video, Siti hanya membenarkan anaknya untuk memilih satu mainan sahaja dari gerai yang menjual permainan tersebut.
Rata-rata netizen memuji sikap Siti yang masih selesa dan tidak kisah berjalan-jalan membeli barang di pasar malam.
Baca Juga : ‘Memang saya akui tiada cinta selama 15 tahun’