Santai, Lelaki Bawa Periuk Nasi Semasa Iftar Di Tempat Awam Raih Perhatian
Sewaktu bulan Ramadan, berbuka puasa dengan gaya berkelah di atas padang merupakan salah satu pilihan masyarakat pada masa ini.
Kebiasaannya, makanan untuk berbuka puasa akan dibawa dari rumah ataupun dibeli dari bazar Ramadan berdekatan.
Secara lazimnya, minuman, lauk-pauk dan kuih-muih adalah benda lazim dibeli sebelum berbuka buasa dengan gaya berkelah.
Manakala, nasi putih biasanya dibawa dari rumah kerana kos yang lebih rendah, di samping boleh menambah berkali-kali.
Sesetengah orang biasa akan membawa nasi putih dengan memasukkan ke dalam bekas makanan terlebih dahulu.
Namun, seorang pemuda luar biasa ini telah membawa periuk nasi dari rumahnya untuk dimakan ketika berbuka bersama-sama rakan-rakannya.
Video mencuit hati ini telah dikongsi Adnizainal (@andyjcwook) menerusi laman TikToknya baru-baru ini.
Dalam video tersebut, dia dan rakan-rakannya santai menghulurkan periuk nasi antara satu sama lain untuk menambah nasi pada pinggan masing-masing.
Lebih lucu, mereka telah mengaut nasi tersebut dengan menggunakan tangan secara terus dari periuk nasi tersebut.
“Member lupa bawak cedok (senduk).
“Tertinggal dalam kereta… Kira jadilah janji perut kenyang,” Adnizainal membalas komen yang ditinggalkan salah seorang pengguna di TikTok.
Ramai yang tertanya-tanya bagaimana periuk nasi itu dapat diseludup dari rumah
Menelusuri di ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya bagaimana pemuda tersebut menyeludup periuk nasi daripada rumahnya.
Secara normal, golongan para ibu akan bercekak pinggan jika melihat salah satu perkakas rumahnya dilakukan sedemikian rupa.
Menurut Adnizainal, periuk nasi itu telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui pintu belakang rumah.
@andyjcwook Nohh tudia baru sempoi #fypシ #kuantan ♬ the cat from ipanema – j1gggs
“Mak ada tanya tadi ada nampak tak periuk mak? Saya cakap tadi nampak kucing buat main periuk tu,” jawabnya secara spontan melalui ruangan komen.
Ada juga pengguna yang bertanya bagaimanakah periuk nasi berkenaan dibawa ke lokasi perkelahan iaitu di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1.
“Bungkus dalam plastik, malu nanti orang tengok,” kata Adnizainal dengan tersipu-sipu malu.
Hantaran video lucu ini telah meraih perhatian warga maya apabila mencapai 442.8k jumlah tontonan dan 506 komen setakat artikel ini ditulis.