“Ingatkan Dekat Malaysia”, Wanita Kongsi Kemeriahan Suasana Bazar Ramadan Di Australia
Bazar Ramadan merupakan salah satu tarikan utama dan simbolik masyarakat di dalam negera sewaktu ketibaan bulan Ramadan untuk singgah membeli juadah berbuka.
Tidak seperti kebanyakan bazar pada bulan-bulan lain, bazar Ramadan dilimpahi dengan pelbagai juadah makanan, minuman menarik dan kuih-muih.
Bahkan deretan gerai membuatkan para pengunjung seperti “tidak jumpa penghujung” bazar menunjukkan kemeriahan dan sambutan yang diterima terhadap bazar ini.
Baru-baru tular klip yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @cikroseaussie, di mana dia berkongsi kemeriahan suasana bazar ramadan di Australia.
Katanya, bazar tersebut terletak di Noble Park, Melbourne, Australia dan menariknya, gerai-gerai di sana tidak ubah seperti di Malaysia kerana rata-rata peniaga dipercayai warga Malaysia.
Juadah yang dijual seolah-seolah membuatkan para pembeli seakan-akan berada di Malaysia dan bukannya Australia susulan terdapat laksa, ikan bakar, sotong bakar, nasi kerabu, nasi ayam, keropok lekor, popia, otak-otak dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, sebahagian besar pengunjung yang datang ke bazar itu juga adalah daripada kalangan rakyat Malaysia selain warga tempatan yang juga tidak terkecuali.
Klip berdurasi 1 minit 4 saat itu memaparkan orang ramai sanggup beratur panjang di beberapa gerai.
Netizen macam tak percaya
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut melihat kemeriahan bazar berkenaan. Ada juga yang seolah-olah tidak percaya bahawa bazar itu terletak di Australia.
Berikut antara komen daripada netizen;
“Betul ke dekat Australia ni?” tanya seorang pengguna.
“Ni dekat Cocos Island Australia kan,” tanya salah seorang pengguna lagi.
“Amazing.. Apa yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia berhijrah ke Australia?” komen seorang lagi pengguna.
“Ingatkan tadi dekat bazar di Malaysia, sebab meriah,” kata seorang lagi pengguna.
Untuk makluman, video ini mendapat lebih 500,000 tontonan dengan lebih 24,000 tanda ‘suka’ serta komen daripada warganet.
@cikroseaussie Assalamualaikum @Azzeem O’Mycine Noble park Melbourne, Australia. ❤️❤️. #nuzululquran #bissmillah #doakanbaikbaik #ikuttrendtiktok #ramadhan #aseanteam #tiktokviral ♬ Angklung Ramadhan Tiba – Bayanaka
Sumber: TikTok @cikroseaussie
BACA JUGA: Lelaki terkejut tengok lembaga atas jalan masa balik kerja, sekali ini yang jadi