Bekas penembak negara meninggal dunia

Bekas penembak negara meninggal dunia

Bekas penembak negara, Muslifah Zulkifli yang pernah mewakili Malaysia dan mengharumkan nama negara di Sukan Asia 2014 apabila memenangi pingat gangsa dalam acara Rifle 50m Prone Berpasukan Wanita bersama Nur Suryani Taibi dan Ayuni Farhana Halim dikhabarkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Hal ini dikongsikan laman Facebook Majlis Sukan Negara (MSN) apabila mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sahabat maklumkan meninggal disebabkan wabak

Menerusi perkongsian lain di laman sosial, sahabatnya yang dikenali sebagai Faridah Zainol turut memuat naik perkhabaran duka ini apabila memaklumkan yang Muslifah telah bertarung nyawa hampir 50 hari disebabkan wabak Covid-19.

Suami nafi disebabkan Covid-19

Walau bagaimanapun, menerusi Harian Metro, suami kepada Allahyaham Muslifah iaitu Mohd Syamim Saharruddin, 36 menafikan dakwaan isterinya meninggal kerana Covid-19 kerana dia sudahpun pulih daripada wabak tersebut.

Pemergian atlet berkenaan disebabkant jangkitan kuman dan dimasukkan semula ke hospital kira-kira 3 minggu lalu sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir.

Menteri KBS juga ucapkan salam takziah

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut memuat perkahabaran tersebut dengan mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga Muslifah Zulkifli.

Hal ini dimuat naik di laman Facebooknya dengan menyertakan sekali gambar bekas penembak negara itu ketika mewakili negara dalam sukan tersebut.

Untuk makluman, bekas penembak negara yang juga merupakan jurulatih skuad menembak Wilayah Persekutuan ini adalah antara atlet lama yang berada dalam program latihan pasukan kebangsaan dan pernah terbabit dalam Program Podium pada tahun 2015-2017.

BACA JUGA : Setengah juta kematian akibat Covid-19 akan berlaku tahun hadapan – WHO
Majlis Ulama keluar fatwa haram beri wang kepada pengemis jalanan
Ayah kelar leher anak kerana tukar siaran TV sesuka hati

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )