Pelaksanaan majlis graduasi di hotel mewah oleh pihak sekolah telah menimbulkan pelbagai reaksi, termasuk dari selebriti tempatan.
Menurut hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG), Datuk Fizz Fairuz, seorang pelakon dan penyampai radio, menyuarakan pendapatnya yang tidak setuju dengan pandangan bahawa majlis graduasi anak merupakan satu komitmen yang besar bagi ibu bapa.
“Seolah-olah tak betul pula zaman sekarang ni. Sekolah buat dekat tempat selesa dikatakan tak sesuai, bila buat dekat sekolah je dikatakan tak ada tempat lain ke nak buat dengan panasnya,” katanya.
Fizz Fairuz menambah bahawa isu ini sepatutnya tidak menjadi kontroversi kerana perbincangan dan persetujuan telah diperolehi daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
“Untuk anak-anak bagi je la. Dia orang buat sebab PIBG dah setuju dan ibu bapa dah setuju. Kalau tak setuju dia orang tak buat. Setahun sekali buat, bukan hari-hari kena keluar RM150-RM250 tu. Beli beg dan kasut mahal-mahal boleh, takkan untuk anak nak berkira?” katanya.
Sebelum ini, Adrea Abdullah, seorang pelakon, telah menyuarakan keraguan beliau terhadap trend ini kerana tidak semua ibu bapa mampu untuk membayar yuran majlis graduasi di hotel mewah.
Adrea Abdullah juga menyuarakan kritikan terhadap tindakan guru besar yang memilih untuk mengadakan majlis tersebut di hotel berbintang lima, yang menurutnya seolah-olah ingin bermegah di media sosial.
Baca Juga : Netizen sayu, sebak tengok Oyen tiap-tiap hari melawat kubur tuannya